Sekarang ni dah masuk musim tengkujuh. Banyak tempat telah dinaiki air. Kata mak, dia rasa sunyi bila duduk sorang kat rumah di waktu siang. Sebab bila hujan lebat, rumah jadi gelap dan suram. Kalau dulu ada Wan, masih ada teman untuk berbicara. Tapi sekarang dia tinggal seorang. Kelmarin mak aku duduk kat rumah abang aku, tak balik ke rumah sebab hujan lebat sangat. Baru hari ni dia balik rumah sebab hujan dah mula reda.
Aku pulak dah mula rasa ok sikit berbanding sebelum ni. Sebab kalau sebelum ni, bila teringat Wan, mula rasa perit je kerongkong aku ni. InsyaAllah aku akan bersabar dengan kehilangan Wan. Bab teringat tu memang tak payah kata apa la, memang setiap masa aku teringat.
Tadi aku terpandang parut kat tapak tangan kanan aku. Aku teringat peristiwa semasa aku berumur 5 tahun. Pada suatu hari aku sedang mandi di bawah kepala paip kat luar bilik air di tepi telaga. Aku mandi sambil tergedik-gedik berjoget-joget. Kat tepi tu pulak ada pisau di atas papan pemotong. Ayah atau mak aku basuh ikan atau ayam kat situ (untuk masak lauk kat kedai kopi). Tiba-tiba aku terjatuh ke sebelah kanan tempat pisau berada dan terkena pangkal ibu jari kanan aku yang kecik cinonet tu. Habis berdarah-darah. Yang aku ingat, Wan mengambil aku ke anjung rumah dan meriba aku.
"Allah.....anak akuuu!!!" kata Wan beberapa kali sambil mengesat darah yang mengalir. Nasib baik tak putus jari aku. Yang aku ingat, aku tak menangis pun. Hanya duduk terdiam di ribaan Wan. Terima kasih Wan kerana mengambil berat pasal aku. ya Allah kasihanilah ibubapa kami sebagai mana mereka mengasihani kami ketika kami kecil..amin....
Semalam ketika hendak tidur, aku terbayang jari jemari Wan yang akan memegang dahiku ketika aku demam. Masih terasa tekstur tangannya yang kasar itu. Kasar kerana bekerja keras membesarkan kami.
Ya...memang ada rasa terkilan. Terkilan kerana kadang-kadang pernah menyakitkan hatinya. Selalu nak menang. Ada saja yang tidak kena dan tak puas hati terhadapnya. Bila sudah tiada, baru tahu hikmah disebalik nasihatnya selama ini. Hanya doa mampu kuhulurkan sebagai hadiah daripada seorang anak buat ayah yang sudah tiada.
hmmm......cuma aku jarang mimpi Wan yang aku boleh ingat jelas seperti sebelum ini. Aku ada bermimpi pasal Wan tapi tak dapat nak ingat balik.
Minggu depan mak, abang dan kakak sekeluarga nak datang perlis yahuu!!!!
Aku jadi tourist guide akan bawa diorang jalan-jalan kat Langkawi. Juga terkilan sedikit sebab tak tercapai hasrat Wan untuk ke Pulau Langkawi seperti yang pernah diluahkannya dahulu.
Cuaca kat Perlis sekarang kadang-kadang hujan disertai angin yang sungguh sejuk. Waktu ni best pegi Langkawi sebab sejuk!!!!
Aku harap mak sihat supaya dia boleh berjalan di Langkawi.
143 days (4 julai-24 Nov)..al fatihah...
No comments:
Post a Comment