Masa tengahari, macam-macam yang aku rasa nak masak, cari resepi yang kompleks hehehe...
tapi bila balik dari kerja, aku dah mula keletihan, tak larat nak buat macam-macam. Tapi hari ni aku memang dah plan nak masak yang senang saja iaitu singgang daging. Kawan aku kata, asyik singgang aje hehehe, aku kata, yang tu paling mudah dan cepat boleh makan. Cuma kalau daging ni kena reneh dia bagi lama sikit supaya daging lembut. Nak resepi daging singgang ke? kihkihh aku rasa mudah aja, lain kali la aku tulis.
Selain itu, aku masak nasi goreng campur ikan sardin. Aku tak ambik kuah, ambik isi aje. Dah mati idea nak masak apa. Esok nak masak apa heh? Dalam kepala otak aku ni, macam-macam aku nak makan. Rasa nak makan kentaki, jus peel fresh, ayam berempah, ABC cendol..haihhh... tapi bila aku dah togok air sejuk, dah tak teringin pun dah..
Dah masuk 10 malam terakhir dah. Apa aku buat hah? Aku tak boleh nak mengaji lama-lama sebab sakit kerongkong. Suara aku dah macam Ramli Sarip dah ni, kalau gelak dah macam bapuk pun ada... bila terbatuk tu macam nak termuntah aje rasanya. Tapi alhamdulillah dah semakin ok berbanding balik KB hari tu.
Kelmarin aku kata kat habibi, tengok muka ni ehhehe..
dia perasan yang muka aku sedikit cengkung. Aku kata kena kasi aku makan banyak-banyak sikit bagi gemuk hehehe... dia kata nak buat camna, dah bulan puasa, ehehhehe.... ya tak ya juga...
hehhee sekian saja entry orang yang tengah lapar ni.....
No comments:
Post a Comment