Friday, August 17, 2012

Selamat hari raya semuaaaa!!!

Malam ni lepas berbuka nak balik ke Sungai Petani...
mungkin aku tak update blog kat sana kot disebabkan line Internet yang tak berapa boleh diharap..
aku nak ucapkan kat anda yang sudi jenguk blog ni, selamat hari raya maaf zahir batin..
sincerely aku berasa berat hati setiap kali bulan Ramadhan berlalu pergi, dan bagi aku, kemeriahan itu banyak terdapat dalam bulan ini, dan bulan Syawal tu happening setakat raya pertama saja.

Andai kata ada bahasa dalam blog ini yang menyinggung hati sesiapa, maaf dipinta dan semoga hari esok lebih baik daripada hari ini.

Dan syukur alhamdulillah bos bagi gaji awal hehehe.. awal seminggu. Jadi takdela sesak sangat balik kampung nanti. Lagipun aku tak shopping dengan ganas sangat pun ehehe...


Kat atas ni gambar kat bazar ramadhan Changlun petang tadi...

Selamat hari raya Aidilfitri dan semoga semua yang nak menuju ke destinasi selamat tiba hendaknya.

No comments:

Post a Comment