Adoiii sengal-sengal kaki aku..
jari jemari dah jadi kematu...
aku dok kemas-kemas rumah mak dari pagi sampai ke malam. Bila penat, aku stop kejap dan sambung balik.
Kemas dari dapur sampai ke ruang tamu, bilik-bilik serta susunatur barangan supaya dapat ruang yang lebih besar. Nak kata teratur sangat tu takla sebab banyak barang. Cuma bila ubahsuai susunan kerusi, almari etc, nampak tak semak sangat. Banyak bahan buangan hasil kerja aku tadi, 6,7 plastik sampah yang besar tu kot. Aku buang aje mana yang dah tak guna. Dan sememangnya barangan yang aku nak buang tu la yang makan ruang dalam rumah ni sampai jadi semak dan menyakitkan mata. Esok sambung kemas lagi kalau aku rajin. Bukan senang nak datang mood rajin yang luar biasa ni. Kalau aku tengah rajin, memang aku buat sungguh-sungguh la...
Raya aku dah berlalu tapi esok lusa masih ada majlis makan-makan.
Bila balik kampung jumpa adik beradik, diorang kata aku makin kurus. Kalau tengok gambar nampak biasa aje, tapi berbanding dengan dulu, lain la muka aku. Kakak aku siap tanya, aku ni makan ke tak hehehe...katanya aku macam skeleton.. errkkk...
but I eat a lot, cuma aku jarang ambik snek di antara waktu makan.
Malam-malam kat rumah mak aku memanggggg laa sangat sejuk. Kalau tak selimut dengan toto (comforter) tu memang tak tahan laaa...
dan air paip dan air telaga pulak sememangnya sejuk membeku laaa... kalau mandi siang-siang memang syok, tapi kalau dah malam memang mandi kambing laa, sejukkk....
oklah aku nak berehat seketika... esok banyak kerja rumah yang aku nak buat...
selamat hari rayaaa!!!
No comments:
Post a Comment