Sempat tidur 2 malam aje kat kampung, hari ni nak balik Kedah. Memang penat rasanya sebab terus balik, aku pun dah tak ada suara. Pelikla aku ni kalau sakit kerongkong, mesti kritikal sampai hilang suara terus. Aku jadi stress sebab aku takleh nak cakap, takleh nak scream larang anak-anak aku kat supermarket, atau larang diorang dok nakal. Aku juga jadi stress bila aku nak bagitau sesuatu kat mak aku bila dia dok bercakap-cakap dengan aku. Dia tau dah aku takleh cakap, tapi dia cakap gak dengan aku dan aku takleh jawab balik....isk iskkkk tensennnnnn!!!
Aku rasa ini merupakan satu alasan yang baik untuk aku ambik MC hahahahaaa....
nak buat camna, memang aku kena berbisik aje,hmmmm esok aku boleh take a rest. Lagipun aku sangat-sangatla jarang amik MC. Nice....nice.......
Kelmarin aku dah sapu sampah dalam rumah ni. Berhabuk betul sebab sebulan lebih mak aku tinggalkan rumahnya ni dan duduk kat KL. Tapi aku dah tak larat nak susun atur barang-barang dalam rumah ni. Pening kepala aku tak tahu camna nak bagi tersusun elok sikit. Banyak gila barang-barang, kain baju. Nanti la aku balik raya nanti, aku cuti lama sikit aku harap sempat kemas. Balik 2,3 hari ni aku rasa macam marathon jogathon aje.
Dan kelmarin juga aku ke kubur Wan, dah lama tak jenguk. Seperti biasa aku selalu rasa 'kosong' di pusaranya. Aku selalu rasa yang Wan macam bukan di situ. It's like I'm wondering, where is he now? I couldn't cry on his grave because I don't feel that he is there. Masa yang mempengaruhi segalanya. And I am getting okay now after a painful year of losing him.
Seperti biasa, bila balik I'll enter into his room after asking for the key from my mom. I'll clean the room, wipe the dust on the cupboard and under the bed. Aku juga biasa dok belek-belek album lama dalam bilik tu.
Dah subuh dah, I can always 'see' him sitting on the chair after sahur, waiting for the azan.
I miss you Wan,
mom showed me your alarm clock that is still working even after a year you left us...
jam tu dari aku kecik-kecik lagi. Ringing dia sangat kuat sampai terkejut aku mendengarnya dari luar, tapi Wan dah biasa. Jam kat luar pun masih hidup. Baterinya Wan suruh abang aku bubuh about 2 weeks before he passed away. Ohh... bila aku dok flashback gini, barulah aku mula nak rasa sedih. Mak aku pun baru ok kesihatannya semenjak dua menjak ni, sebelum ni kerap demam. Tapi mak aku uzur dah tak boleh jalan jauh. Dia nak ikut aku ke pasar tapi dia dah tak larat jalan. Selepas Wan pergi, her health is deteriorating. But I hope she won't get sick.
okla,
aku nak solat subuh pulak. Mak aku dok mengaji dalam bilik. Sorry mom I can't talk. Raya ni I will talk to you ok...
bye KB....
bye my love...
ps : I have removed the coming-link of my online shop-to be from this blog. Because of privacy reasons, I only do my business via my personal FB. This is to ensure my privacy is protected in this blog.
No comments:
Post a Comment