Slow sungguh Internet ni, setiap kali aku nak buat entry baru, dok loading tak keluar-keluar pun editor ni.
Lagipun, minggu ni sibuk sikit, kelmarin tak sempat on laptop. Kat rumah pun tak sempat.
Minggu ni minggu last kerja sebelum bercuti panjang untuk raya.
Tahun ni giliran raya kat Kedah pulak...
raya ke tiga baru balik KB.
Tahun lepas aku tak rasa nak raya langsung,
tahun ni pun sama. Sejak Wan tak ada, aku macam malas nak buat persiapan raya. Aku tak beli biskut raya banyak pun, setakat sikit-sikit aje, untuk aku makan ehhehe...
baju raya ke, kasut raya ke, aku tak ambil port sangat. Pendek kata, aku malassss nak ambil tau sangat. Sama juga macam duit raya ke, aku tak ambik tau jugak. Habibi ada bagi sikit, aku guna yang tu la kot. Singgit sorang sudah la ahhahaha..... tapi baju raya budak-budak ni beli la. Masa ke bazar raya Ahad lepas, aku tak excited mana pun, lebih-lebih lagi bila tengok harga baju yang mahal macam cipan. Baju ke hape mahal beratus-ratus. Kalau kat butik Peace yang lagi lawa boleh aje dapat harga bawah RM100. Aku ni bila tengok harga mahal tak munasabah, terus aku blacklist. Melampau betul, aku rasa macam biasa aje, takdela outstanding sangat pun. Kat bazar raya tu memang harga baju wanita rata-rata seratus ke atas la. Tak berbaloi la sebab aku bukan nak pakai sangat pun, aku pakai baju raya sampai tengahari aje hehe...
Dan aku juga ada beli bunga api untuk anak-anak aku (ehemm aku yang nak main sebenarnya).
Semalam dah excited nak main, tapi habibi kata tunggu terawih dulu, bila balik terawih aku dah tido. Heheh kan kempunan nak main bunga api wakaakkaka.... sebenarnya aku tak payah beli bunga api yang berpuluh-pupuh das tu, sebab hampir setiap malam boleh tengok depan rumah, belakang rumah, orang dok main. Kekadang bungi gedegunggggg kuat gila bunyi meriam buluh. Esoknya keluar berita ada orang putus jari la, kudung tangan la, mata buta la... tapi bunga api ni kena main under supervision la takut kena muka.
Dan masa bulan puasa ni juga aku dok selalu ingat kat Wan.
Semalam masa balik kerja kat highway, aku dok sentimental teringat kat Wan. Masa tengah drive tu, hampir-hampir nak meleleh air mata, tiba-tiba aku perasan ada sebuah kereta dok lane kanan macam nak potong, tapi tak nak potong. Aku tak toleh pun sebab tengah feeling. Dalam hati aku, kereta ni nak potong ke tak ni. Beberapa ketika jugak la dok beriringan macam tu, aku pun toleh la nak tengok sapa diaaa laa yang nak ngorat nih...
tengok-tengok ada dua orang kanak-kanak dok melambai sambil tersengih...
ler..... habibi dan anak-anak rupanya. Huh nasib baik aku tak feeling lebih-lebih. Lepas tu diorang signal kanan menuju ke pasar malam dan aku ikut sama. Sampai kat simpang, aku parking kereta tepi jalan dan ikut diorang ke bazar. Sebelum tu aku dah singgah ke bazar dah beli dah. Oleh kerana aku ada 'tenaga lebih' maka bolela aku jalan banyak sikit heheheh......
Hari ni aku plan nak cari claypot. Dah lama aku plan nak masak guna claypot. Harap dengan tenaga aku yang banyak ni, boleh la aku masak gulai yang kick petang ni eheheheh...
ok, see you again darling....
No comments:
Post a Comment