Saturday, August 4, 2012

Jalan Jalan Masuk Kampung- NGO Wargakilang 4 Ogos 2012

Alhamdulillah, hari ni berkesempatan join group NGO Wargakilang, menghantar agihan untuk keluarga kurang berkemampuan di beberapa lokasi seperti Jeniang dan Sik. Aku sempat join sampai tengahari aje sebab lepas tu terus balik KB.



Kesemua ahli konvoi berkumpul di masjid Lubuk Merbau, Jeniang. Tak sangka ramai sungguh orang. Kat parking masjid memang penuh sesak. Sumbangan sedang disusun untuk dihantar kepada 16 keluarga miskin.

Orang kuat Wargakilang, Saudara Monier sedang memberikan taklimat.

Banyak gila sumbangan. Setiap kereta bawa sedikit, campur-campur jadi banyak gilaaa!!

Yang datang dengan lori pun ada. Lepas kumpul sumbangan, terus menuju ke rumah penerima pertama di ladang getah di Jeniang.

Keluarga En. Zainal bersama isteri, 8 orang anak serta ibunya. Macam nak runtuh bangsal tu dengan sumbangan yang menimbun.

Rumah En. Zainal....sangat dhaif...

Aku excited tengok barang-barang atas bangsal tu. Mesti en. zainal dan keluarganya dapat makan kenyang2 malam ni, alhamdulillah

Jambatan kecik gile...

On the way ke Pondok Haji Ahmad Nahu, Sik.

Uhuhuuu.....sedih tengok ada orang buleh duduk dalam pondok macam ni....

Sedikit tazkirah....


Kira-kira 120 buah kereta ikut berkonvoi...

insyaAllah di lain kesempatan, boleh join lagi. Tengah semangat ni...
aku update kat KB ni ehhehe...

2 comments:

  1. Insyaallah JJMK Pantai Timur akan diadakan pada 11 November 2012 nanti sekitar Bachok, Kuala Krai & Machang.

    ReplyDelete
  2. Aliyas Abbas, insyaAllah kalau kebetulan balik. Kalau kat area Utara senang sebab saya tinggal kat Kedah.

    ReplyDelete