Kelmarin aku ke bazar ramadhan Changlun. Boleh jumpa pelbagai juadah style siam. Somtam memang harus dah, selain tu ada tomyam, bihun siam (kuah laksa siam) dan ada lagi yang aku tak tau nama makanan diorang. Tapi bihun tu memang sedap lah!!! Aku nak tanya kawan aku resepi dia, nanti aku update.
Tomyam pulak memang kick sebab memang makanan diorang. Kelmarin aku sangat keletihan jadi aku round cepat-cepat aje. Handphone pulak tak bawak jadi tak boleh capture pictures. Bila lapar dan letih, mula aku jadi bad mood dan malas nak bercakap. Nak buat camna, sahur air sejuk aje kelmarin....
Hari ni aku nak ajak habibi ke sana lagi sekali. Aku cergas hari ni sebab masa sahur makan macam-macam.
Sambil-sambil tu aku dok belek peket kayu sugi yang aku bawa ni. Ini yang tertulis kat packet dia :
Al-Khair Miswak is the root of the Peelu tree (Salvadora Persica) known in Arabic as Araa. Research indicates that miswak suppresses decay causing bacteria, gingivitis, and plaque formation, among many other benefits. For more info see www.alkhaircqw.com.
How to use :
Simply scrape off bark from the tip then chew the tip gently until brush-like. When the bristles are worn and flavour has subsided, cut off the worn bristles and repeat instruction. After use, rinse and place in a wrapper.
******
aku type sama macam kat paket tu. Made is Karachi, Pakistan.
Aku silap la tak chew, tapi aku pegi ketuk dengan lesung. Bila gosok kat gigi jadi sakit sebab keras. Rupanya sebelum guna kena rendam dengan air sehari ehhehe. Member aku kata, ada orang tu amalkan guna kayu sugi, gigi memang sihat dan kuat. Aku ada baca testimoni kat blog, katanya bila guna 2 bulan buleh tengo kesannya dan perubahan pada kaler. Bagi aku takde masalah nak guna kayu sugi, sebelum tu boleh berus gigi macam biasa dengan ubat gigi, kemudian baru guna kayu sugi.
oklah aku nak balik dah.....
No comments:
Post a Comment