setelah mengharungi hari-hari yang sibuk dan merentasi perjalanan yang jauh, akhirnya sampai jugak ke rumah semalam.
Sekarang dah dekat pukul 9 malam tapi habibi belum pulang. Dia hantar FIL ke hospital untuk check up dan terus hantarnya pulang ke kampung. Nak balik kampungnya jauh juga, dekat 2 jam perjalanan. Kadang-kadang hampir setiap minggu habibi pulang ke kampung semasa FIL takleh bangun kena strok. Alhamdulillah sekarang ni dah ok, jadi takdela kami balik setiap minggu.
Jumaat ni cuti Kemerdekaan. Aku plan nak masak-masak..hmmm.... ada beli 2 kg nasi dagang. Macam nak try je heee...
Sebenarnya aku nak cerita macam-macam ni tapi macam sibuk je dengan kanak-kanak ni. Pagi tadi sibuk kemas dapur dan peti sejuk. Kena luang masa nanti untuk tulis cerita dalam kepala aku ni.
ni barang-barang yang kawan aku kirim hehe....
yang bulat-bulat kaler coklat tu aku punya, apa nama dia ntah aku tak ingat. Adik beradik bedak sejuk la tu.
No comments:
Post a Comment