Yayyyy berjaya buat nasi dagang hari ni, alhamdulillah sedap! hehehe
ehem.. tu kalau ikut tekak aku dan habibi la, kalau tekak mak aku belum tentu. Kalau google resepi nasi dagang mesti berlambak kat Internet ni, practise makes perfect. Tapi kalau nak sedap dan lebih kick, gulai tu elokla dibuat pada malamnya, sebelum makan keesokan harinya sebab nanti ikan tu akan serap gulai tu, macam kena perap la....
Nasi dagang pula kalau keras sangat pun tak sedap, kalau lembik sangat pun tak sedap. Sebelum kukus, rendam dulu beras tu dalam 5 jam. Bila nak kukus, basuh dan toskan.
Aku kukus 2 kali. Kali pertama kukus selepas beras nasi dagang tu ditoskan, selepas tu angkat dan gaul dengan santan cair (boleh aja guna air kosong-santan cair/air kosong ni tujuannya supaya nasi tak terlalu berlemak). Kuantiti santan cair tu kira-kira nampak berkuah la bila kita gaul dengan beras tu, nanti bila letak atas kukusan, air tu akan tersejat turun.
Lepas tu kukus lagi kali ke dua. Sambil-sambil tu test tengok kot-kot nasi masih keras. Kalau masih keras, boleh gaul dengan air sejuk dan kukus kembali, tapi kalau dah ok, terus angkat dan gaul pakai santan pekat yang dicampurkan dengan hirisan bawang merah, bawang putih, halia serta halba +garam (santan tu dimasak dulu sambil dikacau). Kuantiti santan pekat pulak jangan banyak macam yang first tadi, bagi ngam-ngam aje, dan gaul cepat-cepat masa nasi masih panas. Lepas tu tak payah kukus dah.
Untuk ikan tongkol pulak, rebus ikan tongkol yang telah dikatam/potong dengan garam dan asam keping. Kalau nakkan isi ikan yang pejal dan tak hancur, campurkan beberapa sudu cuka kedalam rebusan.
Nak buat gulai kuning ikan tongkol, aku selalu ingat pesan mak aku : lengkuas + kunyit + lada kering giling/cili boh + bawang merah. Blend bahan-bahan ni dan masukkan dalam periuk yang mengandungi santan. Kuantiti santan tu agak-agakla, jangan pekat sangat dan jangan terlalu cair pulak.
Tadi untuk 2 ekor ikan tongkol saiz kecil, aku guna 3 biji bawang merah, seinci kunyit hidup dan sedikit lengkuas, 2 cm kot. Tapi tadi aku terlebih dos seinci lengkuas jadi berbau lengkuas pada awalnya hehehe... aku tambah sikit serbuk kunyit nak bagi kuning.
Bubuhla asam keping dan boleh masukkan sedikit serbuk kari ikan. Bila bahan-bahan tu dah masak, masukkan ikan rebus tadi. Kemudian boleh tambah potongan timun batang serta sebiji dua lada hijau (yang aku guna untuk buat lada sumbat). Aku tambah garam dan gula. Masa masak gulai ikan ni, pastikan sentiasa kacau! Kalau tak kacau nanti terapung laa jadi ketulan-ketulan santan pulak.
Aku campur dengan 10 biji telur rebus dan juga udang. Barulah kuah dia lagi kickkkk!!!!
Kalau rajin, buatla acar timun, dan boleh goreng kelapa sampai kering sikit + isi ikan rebus + serbuk lada hitam+bawang merah tumbuk +serai tumbuk (macam nak buat nasi kerabu) tapi aku tak buat pun.
eh... tadi aku rasa malas masa nak tulis resepi, tiba-tiba aku tulis habih pulak ahhaha...
oh ya tadi aku masak sekilo beras nasi dagang.
Aku rasa senang aje nak buat nasi dagang ni, bahan-bahan yang mudah dicari kecuali beras nasi dagang aje.
No comments:
Post a Comment