Hari ni dah hari Khamis. Tinggal dua hari saja lagi nak puasa sebelum beraya. Oleh kerana tahun ni giliran raya kat Kedah, lagi la aku takde feeling raya sebab tak dapat jumpa mak dan tak dapat ke kubur Wan beramai-ramai. Adik beradik aku pula yang mana pulang pada raya pertama tak sempatla nak jumpa dengan aku. Kan tak best tu...tapi aku tetap pulang pada raya ketiga. Okla tu at least kali ni dapat pulang lama sikit.
Semalam masa tidur, aku mimpi jumpa malam lailatulqadar hehehe... tengok kat langit penuh dengan miracles. So I prayed in my dreams. Dan bila aku bangun dah pukul 5 pagi. Tengok-tengok habibi dok mengaji dalam bilik. Kejelesan mula melanda sebab dia bangun awal daripada aku.
Kalaulah semalam adalah malam lailatulqadar, kan rugi, sebab aku ada masa sejam saja sebelum malam itu berakhir. Ohh rugi sebab I slept soundly last night... tapi tak mengapa, yang penting kena ikhlaskan hati kan kan... dan nampak gayanya aku terus 'cuti' sampai raya kot..isk isk.... malam-malam biasa dok tidur awal sebab si kecik ni ajak aku tidur sama. Kesudahannya bulan puasa ni tak produktif mana dari segi rohani dan jasmani, hmmmm...
Dan semalam juga aku tengok langit sangat cerah dan cantik, pagi tadi pula awan kemerah-merahan, subhanallah memang cantik. Masih ada 2 hari lagi berbaki bulan Ramadhan ni, semoga tak dilepaskan begitu sahaja.
Tadi masa balik dari kerja aku beli aje beberapa jenis lauk pauk. Malas dah aku nak masak memasak. Masak nasi aje. Masa tengahari sempat beli sandal aku dan baju budak-budak. Memang I need a proper shoes pun, yang aku dok pakai sekarang ni buat pegi pasar malam sesuai la..
okla, see ya later...
No comments:
Post a Comment