Monday, June 20, 2011

Apakan dayaku....

Oktober 2008, baru lepas pantang



Ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi, kelihatan dari jauh ramai orang sedang berhimpun di tepi jalan...kenderaan pula bergerak perlahan...aku dan Mr hubby mengagak mungkin berlaku kemalangan jalan raya. Ketika menelusuri jalanraya, kelihatan sekujur badan tertiarap di atas jalan raya dan ditutupi dengan surat khabar. Innalillah....memang sudah ajalnya. Motor lawan motor. Mengikut pemerhatian aku, pakcik tu (40an) mungkin memecut agak laju apabila sebuah motor yang lain-lain tiba-tiba membuat pusingan U-turn di hadapan sekolah. Mayat pakcik tu betul-betul tersembam di hadapan pintu pagar sekolah. Mayat yang kelihatan masih memakai but kerja( mungkin kerja makmal atau bengkel) dengan uniform berwarna biru, ku agak mungkin dia baru balik kerja shift malam. Tiba-tiba terasa sayu mengenangkan yang arwah mungkin masih mempunyai anak-anak yang kecil serta isteri yang setia menunggu kepulangannya di rumah. Memang sudah tersurat yang arwah akan dijemput mengadap Penciptanya pagi tadi. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Apakan daya, baru je sambut hari bapa kelmarin.

Aku pulak masih merasa tidak keruan lantaran ayah aku yang masih belum bertambah baik keadaannya. Sekejap ok, sekejap tak ok. Mak aku pun turut merasa tempiasnya apabila badannya dah mula sakit-sakit. Jauhnya aku ni, kenapala jauh sangat. Kalau setakat sejam dua perjalanan tak jadi hal nak balik. Tadi cakap dengan ayah aku, aku janji nak masakkan mee kuah kegemarannya kalau aku balik nanti. Ayah aku dah jadi ingat-ingat lupa. Katanya dia belum makan ubat, padahal abang aku dah bagi dia makan ubat serta pakaikan pampers. Orang tua bila dah terlalu tua dia akan berperangai seperti budak-budak. Ahh....apalah daya aku...dengan cuti yang tinggal 7 hari!!! Kakitangan badan swasta pulak tu...nak cuti punya la leceh nak kena bersoal jawab. Tu yang malas tuh. Mungkin ini ujian buatku, mungkin tak seteruk ujian ke atas orang lain. Suspen....itula yang aku rasa sepanjang masa selagi keadaan mereka berdua macam tu....what should I do...I don't even know what to do...can't even think...cuma merancang untuk balik...but not sure when....*sighhh** Allah help me...

No comments:

Post a Comment