Diari Pertama (umur 10 tahun)
-berkisar tentang kelahiran kucing, kucing sakit, kucing mati, lembu sakit, lembu mati, merajuk ngan kawan, no tepon kawan, etc.
Diari kedua (13 tahun)
-Pun lebih kurang macam tu jugak, pasal kucing, kucing beranak, terpijak kucing, kerja sekolah tak siap, tak suka matematik, artis pujaan,aktiviti harian, luahan kekecewaan dan kesedihan bila kena marah
Diari ketiga (14 tahun)
-Aktiviti harian, buat kerja sekolah, bengang kat cikgu, bengang kat kawan, lirik lagu.. macam-macam, pun sama jugak bila kena marah sedih, aku tulis dalam ni
Bila masuk Univ.
-Berkisar tentang mata air, dia tepon pukul berapa, statistik berapa kali seminggu hehe, aktiviti harian, angan-angan masa depan, nota usrah (bila rajin), tepek gambar mata air,kaler ngan krayon..isk...macam-macam laaaa....
Bila mula-mula kawen
-berkisar tentang barang-barang yang dibeli termasuk resit, tarikh beli lesung batu dan kuali..isk...isk....resepi bonda pun ada...
lepas ada anak..tarak masa mau tulis daa.... hanya rekod penting seperti tarikh lahir anak, bila boleh meniarap, berjalan, sebut perkataan pertama etc yang aku simpan dalam handphone.
pada tahun 2004 iaitu sebelum kawen aku terjumpa buku Kimia form 5 yang berwarna hijau dan masih banyak muka surat kosong...so I have decided to write when I gets home.... aku hanya akan tulis diary ni bila balik kampung... apabila balik kampung, aku akan cari diary ni, tulis apa yang aku buat dan apa yang berlaku....this is how it looks like...macam diary Anne Frank je...hehee
Catatan kami adik-beradik secara tak rasmi boleh dilihat pada kalendar di dinding rumah. Kat siling pun ada. Bila gaduh, panjat kat alang rumah dan tulis kat siling pakai pensil " ***** gila!" ..ataupun tulis kat belakang buku atau novel. Catatan secara artistik dan batu bersurat pun ada. Macam-macam benda diukir kat dinding kayu, gambar Pak Dogol (Watak dalam dikir barat), harapan dalam SPM dan sebagainya. Biasanya tarikh penting yang tak sempat ditulis kat diary, akan terus ditanda pada kalendar atau ditoreh dinding buat dinding bersurat.
Perkara yang membuatkan aku sangat terkilan ialah apabila surat menyurat di antara family aku dengan abang aku yang belajar di US pada tahun 1980+, terbakar dengan tidak sengaja. Sayang sekali..pada suatu hari aku balik kumpul semula semua surat tu dan masukkan dalam kotak kasut dalam almari. Ntah macam mana abang aku yang kebetulan mengemas buku-buku lama telah membuang dan membakar kotak itu tanpa memeriksa kandungannya terlebih dahulu..memang aku terkilan sungguhhh!!! Macam-macam cerita dalam surat-surat lama tu..ia termasuklah cerita kelakar yang disampaikan kepada abang aku di sana, maklumlah masa tu telefon belum ada..yang ada pun hanya telegram dan surat menyurat yang lambat sampai.
Cerita seperti abang aku yang bekerja sementara sebagai penggali kubur selepas grad UKM, cerita abang aku sorang lagi yang tumpang naik lori panjang (San tai wong namanya) untuk daftar masuk UPM..cerita pasal aku yang baru pandai sebut nama abang aku...cerita abang aku kena tibai ngan ayah aku sebab pegi tebas anak-anak pokok pisang yang baru ditanam...perkembangan bola sepak tempatan, cerita kejiranan, orang kampung bergaduh, juga termasuk lukisan adik beradik yang masih kecil yang dilukis pada aerogramme...tak lupa juga pesanan suruh beli macam-macam bila abang aku pulang ke Malaysia nanti....macam-macam...tidak lupa juga pesanan mak dan ayah aku kepada abang aku yang jauh di perantauan....ahhh..sedihnya..kenapala abang aku tak bukak kotak kasut tu sebelum membakarnya....rugiiii...satu artifak berharga telah termusnah... Sekarang aku dah ada blog..Bila ada blog ni...lagi senang aku nak merekod aktiviti......coretan aku ni insyaAllah non-volatile....
No comments:
Post a Comment