Aduhhh... so heart wrenching saying goodbye to wan and mak....Pada pukul 7 pagi aku dan mak keluar dari kuarters hospital menuju ke hospital yang terletak di seberang jalan. Dengan berseluar trek dan berbaju t-shirt sambil menggalas backpack, kami berjalan menuju ke tingkat 4, wad bendahara. Berkali-kali aku menanyakan mak sama ada dia masih larat atau tidak, katanya tak mengapa.Tapi aku tau, apa yang mak kata, tak seperti apa yang mak rasa. Itu yang membuatkan ramai orang salah anggap seolah-olah mak masih sihat, padahal dia pun uzur. Selepas memberi makan kepada ayah, it's time to say goodbye. Abangku menunggu di bawah dengan motor untuk menghantar aku ke stesen bas. Kalau dengan kereta jalan jem takut tak sempat.
Aku peluk dan cium mak dan wan. Aduhhhh..rasa mau menangis, tapi ku ketap bibir dan kutahan jua. Aku minta maaf kepada mak dan wan. Wan dan mak mau memberikanku duit, aku kata tak mengapa, aku dah ada duit, bagi sajalah kepada abang I, kerana abang I gajinya kecil dan dia banyak berkorban. " Kirim salam Wan pada N (hubby)", kata wan sambil menahan sebak. Lantas aku memotong "Orang boleh selalu balik, takda masalah, kalau ada apa-apa bagitau je, petang tu jugak sampai, senang sebab anak-anak boleh tinggal kat N", sambil menahan getaran di dada...huhuuuu....sebelum aku melangkah pergi sekali lagi kucium pipi wan dan aku melangkah pergi. Wan dan mak memandangku dengan sayu..sambil melangkah dengan beg bergalas di belakang, aku menoleh kebelakang beberapa kali. Sambil mengetap bibir, aku masuk ke dalam lif. Di hadapan lif itu terdapat pintu untuk ke anak tangga. Di situlah tempat aku membawa diri dan meraung sepuas hatiku kelmarin. Rasa sedih yang amat. Dalam hati hanya Allah yang tahu.
Aku turun ke bawah di mana abangku, abang I sedang menunggu di atas motosikal. Abang I menghantarku ke stesen bas yang terlak berhampiran dengan Tesco. Laju gila dia bawak motor, aku dah seram-seram sejuk. Dalam pukul 8.40 pagi aku sampai di stesen bas. Abang I terus memecut ke hospital tempat kerjanya. Sambil membimbit beg kain ( yang mengandungi sebungkus nasi kerabu, air mineral dan 2 ekor ayam mainan :-p), aku mencari tempat duduk di hadapan kaunter bas Mutiara. Sambil menunggu bas, aku dok sentimental terbayang-bayang muka wan dan mak di hospital tadi. Sayu sungguh hati ini, kesiannya mak dan wan. Kalau aku duduk di rumah, aku akan bantu apa sahaja yang perlu tanpa banyak mengomel dan merungut. Sepanjang aku balik, aku sempat membersihkan bahagian belakang rumah. Mak dan wan takkan mampu melakukannya lagi. Hari ini sudah beberapa kali aku menelefon mak. Boleh dikatakan setiap jam aku telefon. Itu sahaja yang mampu kulakukan. Kata mak, wan selalu bertanyakan aku sejak semalam. Hari ini pun wan bertanyakan dimanakah aku. Mak kata, kan aku dah balik sejak kelmarin lagi. Aku dah tunaikan janji aku untuk masakkah mee kuah kegemaran wan dan mak. Dan aku berharap agar dapat memasak makanan kegemaran wan dan mak lagi selepas ini.

No comments:
Post a Comment