Sunday, June 26, 2011

Wan kena masuk wad...

Maafkanku wan...that was my fault...

Wan dan mak

Kelmarin, Sabtu malam Ahad, wan tak tido langsung. Batuk yang teruk membuatkannya jadi semakin lelah. Kadang-kadang terbaring, bila lelah dia bangun balik. Allah...Allah..terpacul dimulutnya sepanjang masa. Sebenarnya aku tak tau macam mana tahap kronik dan macam mana tahap ok. Kesiannya wan..aku ingatkan tak mudarat....blame me! Sampai pukul 4.30 pagi aku tengok wan masih terbatuk-batuk sambil duduk di atas katil. Sedih betul tengok. Aku yang sebelum tu tidur-tidur ayam terus bangun. Aku tak tau apa yang nak dibuat, hanya mampu menggosok-gosokkan badannya. Pada pukul 8 pagi wan terlelap sekejap selepas mak melumurkan minyak angin di dadanya. Inhaler pun dah tak berkesan langsung. Selepas 5 minit dia jaga dan abang aku tiba. Masa tu dia kelihatan tak kritikal. Selepas abangku pulang lelahnya semakin kritikal, "Wan dah nak mati dah....." kata wan...aduhhh...tangan aku nak buka phonebook kat handphone pun rasa menggeletar. Terus aku call abang aku supaya dibawa wan ke hospital. Apabila abang tiba, keadaannya semakin teruk, muka dah jadi pucat lesi, pipi dan bibir menggeletar sambil batuk yang tidak henti-henti. Mukanya memang dah lain...I was so scared, tanganku jadi sejuk dan menggigil. I thought he was going to collapsed. At the same time my other brother came from his office dan wan diusung masuk kereta sambil aku memangku kepalanya manakala mak di bahagian kaki. Abang aku yang sorang lagi (banyaknya abang, aku ada 5 abang, 4 kakak) standby kat Hospital Raja Perempuan Zainab (formerly known as Hospital Kota Bharu). Perjalanan terasa sangat jauh walaupun dekat.

Aku yang selama ni jenis otai dan tak pernah nangis ketika mak dan wan sakit, akhirnya surrender apabila aku menangis teresak-esak sambil mengajar wan mengucap dua kalimah syahadah. Series! I was so scared of losing him! Mak aku pun dah mula berair mata. Sampai di hospital, selepas di check kat bahagian emergency, terus wan dimasukkan ke ward. Mata aku dah merah tapi aku dah boleh kawal sebab tadi aku that cried out. Selepas dimasukkan ke dalam wad pada hari pertama, wan diberikan nebulizer dan oksigen. Dia masih batuk-batuk dan lelah. Doktor cakap paru-paru ayah aku tak mengembang, kecut, jadi tak boleh nak absorb oksigen. Rupa-rupanya ketika muka wan pucat lesi pagi kelmarin, oksigen yang diserap oleh paru-paru sangat sedikit and he was almost collapsed! A few minutes late sending him to hospital might be a disaster!

Masuk hari kedua wan semakin pulih walaupun masih batuk-batuk. Wan masih belum boleh tidur dengan nyenyak kerana setiap kali dia nak lelapkan mata, batuknya akan menyerang. Selepas diberikan antibiotik melalui drip serta ubat makan yang berjadual, Alhamdulillah pada pagi ini wan nampak better. Cuma belum ada selera mau makan. Hanya sesuap makanan yang boleh ditelan. Semalam aku dan kakak aku volunteer untuk jaga wan sepanjang malam. Bagi chance kat abang aku rehat pulak.

Semoga Allah memberikan kesihatan tubuh badan kepada kedua-dua orang tuaku. Ampunilah mereka dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami semasa kami kecil. Berikanlah kami peluang untuk memberikan penjagaan yang sempurna kepada mereka berdua, permudahkahlan segalanya Ya Allah..amin.....

2 comments:

  1. salam simpati dari saya....
    semoga diberikan syifa oleh Allah swt..

    p/s:Salam,puan/saudari,meminta pandangan/nasihat dari wanita berkaitan artikel yang di tulis di blog saya,silalah berkongsi bersamadi blog saya...semoga Allah melimpahi keberkatan pada puan/saudari.

    ReplyDelete
  2. terima kasih Anak Pendang, terima kasih atas doa saudara,bapa saya pun nampaknya beransur pulih cuma tak larat je,alhamdulillah... selalu juga saya menjenguk blog Anak Pendang, insyaAllah saya akan berkongsi pandangan walaupun saya bukanlah pandai mana pun :)

    ReplyDelete