Thursday, June 9, 2011

weekend kembalii.................

Esok weekend yayyy!!! Cepatnya masa berlalu, rasanya baru last week aku balik kampung. Dari hari ke hari, minggu ke minggu, tahun ke tahun..sekejappppp aje. Dalam pada tu aku belum mula pun lagi master project aku hehehe...mentang-mentang banyak masa, lagi la aku membuang masa aiseyy.....

Dah lama tak shooting dapatkan gambar yang cantik-cantik.. daddy pulak tak sempat nak belajar guna D90 tu. Nak kena beli lense untuk tangkap gambar panorama pulak kot...but not now..tengah plan nak beli bulan 11 ni..

Sebenarnya we are planning to go for a vacation this November. Tahun lepas dah pegi Sabah. Aku menabung awal-awal lagi untuk ke sana. Kali ni setahun jugakla menabung untuk pegi jalan to our next destination. Tempatnya nanti dekat-dekat nak pegi aku bagitau, tapi jauh lagi dari Sabah. Sebab tu tahun ni tercungap-cungap jugak aku saving, di samping saving untuk bayar yuran pengajian. Tu pun kira ok sebab yuran tu telah di support oleh hubby dah separuh. Kat destinasi kami november ni, target nak beli gadget-gadget electronic seperti lenses atau iPad clone hehee....

Dalam pada tu, abang aku ada ajak jalan ke Indonesia next time. Yang tu kena bincang kemudian, biar settle satu per satu. Yang penting kena ada tabung untuk vacation. Aku sanggup berhabis untuk vacation...bab-bab dressing aku tak pandai, begitu juga make-up, aku tak reti sangat selain skin care je. Di kala orang lain sibuk mendapatkan pelbagai jenis kain tudung, serta fesyen baju yang bermacam jenis dan aneh (bagi aku laa), aku rasa kalau aku pakai, rasa buruk dan hodoh sekali...bagi aku, lebih baik aku guna duit untuk berjalan-jalan dan makan-makan. Maklumlah aku ni kuat makan. Kalau berjalan-jalan tu mesti nak makan. Nak makan tak susah pun, kat pasar malam pun boleh...tak payah nak makan tempat mahal-mahal pun, sebab tekak aku pun jenis tradisional hehehee....

Dan aku jugak tak paham bagi orang yang bergaji kecil tapi sanggup berhabis duit beli kereta mahal yang sebenarnya di luar kemampuan diorang sebenarnya. Tengok kereta mahal boleh kenyang ke? isk isk...tapi tu hak masing-masing..cuma aku lebih suka MAKAN dan JALAN-JALAN cari makan....maklumlah, dulu anak-anak aku masih kecil, sekarang ni dah boleh jalan, berlari, seronok la nak jalan..cuma tak larat nak kejar, takut hilang. Aku dah suggest kan hubby, november ni, nak guna tali untuk ikat budak ni kat pinggang aku dan hubby. Takut hilang, bukan apa...aku tengok ada je orang buat macam tu...tapi encik hubby nampak macam tak setuju...takpe kita tengok dulu camna...

2 minggu ni memang banyak masa terluang sebab budak-budak cuti...next week budak-budak kolej ni datang balik....yang pasti aku tak payah pegi kelas kat Sintok dah yesss!!!!

Esok aku nak kemas rumah bagi clear....bukan setakat tongkang pecah dah ni..tapi karam terus....kain baju tak terlipat nak mencecah siling dah tu...aduhh...sakit mata aku...

ok adios amigoss....

No comments:

Post a Comment