Thursday, August 4, 2011

Bengongla Celcom ni...bil broadband RM68 jadi RM395.45!!!

Bil celcom broadband aku dengan bayaran tetap RM68 telah menjadi RM 395.45??? memang gila celcom nih!!! aku hak hantar dalam paper...siapla korang!!!

Saudara Pengarang,

Saya merupakan pengguna celcom broadband sejak April 2010. Saya hairan apabila mendapati perkhidmatan broadband yang dilanggan tiba-tiba di block pada 3 Ogos 2011 sedangkan saya telah pun membayar bil berjumlah RM68 dalam tempoh yang dibenarkan.Mesej yang dihantar melalui Celcom Broadband menyatakan bahawa saya tidak membayar bil sebanyak RM395.45!!

Ketika saya ke pusat perkhidmatan Celcom di Kangar, Perlis pada 4 Ogos 2011 untuk menanyakan tentang perihal tersebut, saya dimaklumkan bahawa saya telah menggunakan perkhidmatan langganan mesej menggunakan Celcom Broadband Manager sejak 3 Julai 2011. Untuk pengetahuan pihak tuan, saya sering menerima mesej kosong seakan-akan spam dalam aplikasi Celcom Broadband Manager. Saya tidak pernah melanggan mana-mana perkhidmatan menggunakan Celcom Broadband Manager, kalau nak hantar mesej pun, saya akan menggunakan telefon bimbit, bukannya Celcom Broadband Manager!

Kakitangan di kaunter berkenaan telah mencetak senarai mesej yang telah diterima dan setiap mesej berharga RM3! Bayangkan setiap hari saya menerima purata 5 hingga 6 mesej!

Beliau berkali-kali mengatakan mungkin saya telah melanggan perkhidmatan berkenaan tanpa disedari atau mungkin ada sesiapa yang meminjam broadband saya. Saya menafikan segala dakwaan beliau.

Menurut bil yang ditunjukkan kepada saya, saya dikatakan mula melanggan perkhidmatan berkenaan pada 3 Julai 2011 pada pukul 12.41 tengahari. Saya menjelaskan pada hari dan waktu yang dinyatakan, saya berada di hospital di samping arwah bapa saya yang sedang nazak, mana mungkin saya melayari Internet pada hari berkenaan?

Beliau menyatakan mungkin broadband saya diberikan kepada orang lain,juga saya nafikan kerana sepanjang masa alat broadband tersebut berada dalam beg yang saya bawa ke mana-mana saja. Beliau sering menyatakan yang saya pernah melanggan perkhidmatan berkenaan.

Oleh kerana tidak puas hati, saya mengatakan bahawa saya akan melaporkan kes penipuan ini ke balai polis. Kata beliau, nanti kes jadi panjang pula, lalu beliau dengan mudahnya menekan papan kekunci komputer di hadapannya dan reset nilai RM395.45 tadi dan saya tidak perlu membayar jumlah tersebut.

Saya berasa sangat hairan kerana semudah itu sahaja penyelesainnya, sedangkan sebelum itu beliau bukan main lagi mendakwa bahawa saya memang melanggan perkhidmatan mesej tersebut. Nasib baiklah saya ingat bahawa pada 3 Julai 2011 memang saya tidak menggunakan broadband berkenaan, bagaimana pula kalau saya tidak pernah ingat apa yang saya buat pada waktu yang didakwa?

Sebenarnya ramai lagi yang terkena dengan penipuan ini termasuklah kawan-kawan saya. Mereka terpaksa menjelaskan bayaran berkenaan kerana tidak mahu bersusah payah membuat laporan polis. Adakah penghantaran mesej spam ini dilakukan oleh orang dalam? Saya minta Suruhanjaya Komunikasi menyiasat perkara ini kerana ramai yang telah terkena tapi hanya mendiamkan diri.

No comments:

Post a Comment