Monday, August 1, 2011

Kemurungan??

Pagi tadi ketika sedang bersiap-siap untuk makan sahur kira-kira pukul 5.12 pagi, telefonku tiba-tiba berdering......nama abangku tertera...

oh no....this is not good....kalau tak melibatkan hidup atau mati takkan diorang nak telefon pagi-pagi macam ni.....aku ingatkan sesudah Wan tiada, aku takkan menerima lagi panggilan 'mengerikan' di malam hari atau di dinihari.

Kata abangku yang bermalam di rumah mak, mak uzur dan dia meminta aku pulang. Terus aku terduduk di kerusi...."Kenapa? tak boleh bangun ke?" tanyaku....

"Uzur, tak lalu makan dan nampak pelik..." kata abangku...

aku termenung seketika....aku yang belum menghidangkan lauk, cuma hidang nasi, tidak perasan yang hubby tengah makan sorang-sorang kat meja...dia ambil lauk sendiri....

sambil menghela nafas yang panjang....lalu aku terus call kakak aku pulak...

"Macam mana ni? Kata teruk...." tanyaku kerisauan.....

"Aaaaa......macam mana ni? Aku ingatkan dia okey.....takkan dua-dua sekali nak tinggalkan kitaa!!!" kata kakak.

"Matila kita kalau dua-dua nak pergi!!! Mak kena kuatkan semangat....mana buleh buat macam tu!!" aku mengeluh....

Lalu aku menelefon kakak iparku pula. Katanya, mak mengalami kemurungan dan kesedihan melampau. Kemurungan menjadikan dia tidak berselera makan. Dia terlalu banyak memikirkan perkara-perkara yang tidak perlu sehingga tekanan darah naik melambung kepada 200 beberapa hari lepas. Bila Wan pergi, dia sangat berdukacita. Katanya, itu temannya selama lebih 50 tahun! Ya mak...memang...tapi mak harus dapat mengawal emosi....takkan mak nak tinggalkan kami sendiri?????? Takkan nak biarkan diri mak jatuh sakit...kenapa???? Bukannya buleh duduk sekali dengan Wan pun...please mak...pleasee.......be strong ok!

Aku tahu mak sedih....dan dia perlukan teman berbicara......abang-abangku memang bergilir-gilir tidur di sana....cuma apabila siang hari dia keseorangan kerana orang lain pergi bekerja......

aku dan kakak sedang merancang untuk balik.....kasihan juga pada anak-anak masing-masing......tidak semudah itu untuk pulang ke rumah...bukannya dekat....lagi-lagi di bulan puasa ni..kalau aku balik sendiri, kesian diorang 3 beranak terkedek-kedek ke sana ke mari. Mungkin kalau aku balik, hubby akan membawa pulang anak-anak ke kampungnya di Kedah. It helps a lot. Tapi takkan nak tinggal selalu kot...apa pulak kata mertua aku nanti...asyik tinggal laki je.

Aku tengah berfikir...semoga Allah bagi mudah.....aku pun tak tau nak pikir apa ntahhhhh!!!!

al-fatihah...29 hari......banyak yang berlaku sejak Wan pergi....sedihnya kami bila Wan tiada....

No comments:

Post a Comment