Wednesday, August 24, 2011

puasa di kutub utara?

Selepas round bazaar raya kat Alor Setar pada Sabtu lepas, aku berasa sangat penat dan dahaga.
Di dalam kereta duduk terjelepuk kepenatan....

"Bestnya kalau dapat puasa di Jerman...." kataku
"Best apa nya, sekarang ni musim panas, boleh mencecah lebih 40 darjah celcius.." kata hubby sambil memandu kereta...

"Kalau macam tu, nak puasa kat kutub utara la, salji best!!!" kataku lagi...
"Puasa la kat kutub utara tu, siang dia 3 bulan!" kata hubby lagi sambil tersengih....

habih tu takkan orang puasa 3 bulan kot....maybe tak ada orang Islam kat sana kot jadi tak ada siapa yang puasa di sana....

"Kalau macam tu, nak puasa kat kutub selatan la...malam 3 bulan...hihi.." kataku tak mau mengalah......

"Kat Malaysia ni dah ok dah, dalam 14 jam..." pintas hubby pula...

iya juga....hujan emas di negeri orang...hujan batu di negeri sendiri..baik di negeri sendiri....

4 comments:

  1. Dr. ben, mesti nak suasana melayu...citarasa melayu

    ReplyDelete
  2. puasa di england 18 jam,berbuka dan sahur hanya berjarak 6 jam....kalo musim panas la...

    ReplyDelete
  3. Anak pendang, teringin sebab jakun tak pernah keluar malaysia, setakat kat border thailand ngan singapore je hehe

    ReplyDelete