Happy 3rd birthday my baby girl...Nurul Izzati!!!
3 Ogos 2008
selepas Isyak :
Oleh kerana aku belum sakit-sakit sedangkan dah lepas due date, maka aku pun ke HUSM yang tidak jauh dari rumah mak aku kat KB. Aku akan beranak secara 'paksa' (induce).
Aku naik kereta dengan hubby, tinggal Faiz dengan nenek. Hehe naik kereta macam nak pergi bersiar-siar je...sampai kat HUSM abang dan kakak aku sedang tunggu.
Terus kami ke bahagian kecemasan untuk daftar. Aku menyerahkan buku pink kepada staff di kaunter.
"Siapa yang nak beranak ni?" tanya staff tu...
"Saya le..." jawabku....
kehkehkeh segar bugar tak nampak macam nak beranak langsung. Lebih-lebih lagi kaunter tu paras dada. Tak nampak la perut aku ni. Aku tak takut langsung dan rilekkkk je. Chewahh...sebab aku dah tau prosesnya sebab dah melaluinya ketika anak pertama.
Ketika nak masuk ke dalam wad bersalin, hubby tunggu di luar. Sebelum masuk, salam peluk cium dulu. Katanya, "Bila dekat nak beranak telefon ya..". Lalu aku masuk ke dalam bilik bersalin. Hubby tunggu di luar sambil sembang-sembang dengan seorang pakcik.
Aku duduk tunggu turn di atas kerusi. Kadang-kadang perut aku mengeras seperti cramp. Sehari dua ni memang jadi macam tu. Itulah kontraksi. Sebenarnya aku baru tau sebab masa anak pertama aku tak reti, kena induced jugak.
Lepas tu misi bagi ubat supaya aku buang air besar.
Kemudian aku jalan kaki masuk labour room yang terletak bersebelahan. Lalu aku pun baring la. Masa tu tak takut pun, aku baring rilek-rilek je. Doktor pelatih datang dan lapik kain warna hijau atas perut aku. Tiba-tiba, "Adik.....berapa cm?" tanya seorang misi. "5 cm"..jawabku...
"Ha lambat lagi tu..belum masa mau beranak kan....adik turun dulu boleh dik...ada patient ni dah 9 cm nih..tak cukup bilik!" kata seorang misi....
aku pun bingkas bangun lalu keluar. Misi-misi macam nak tergelak...kelakar betul!!!!
lagipun aku masih belum sakit.
Lalu aku duduk di atas kerusi tempat aku duduk ketika mula-mula sampai tadi.
Ketika sedang duduk, tiba-tiba sekeping kertas jatuh dari atas meja doktor di tepi aku. Lalu aku tunduk ambil dan memberikannya kepada doktor tu. Doktor perempuan tu tergelak kecil.
Nak buat macam mana, aku memang aktif heheeee.....
Tidak lama kemudian, aku pun masuk ke dalam labour room.
Terus diorang cucuk tangan aku..I wasn't scared too hehe....cucukla nak cucuk...janji buleh beranak....I was induced at around 12.15am...
Selepas induced, mula la berguling-guling kesakitan....macam nak terjun katil je....
dekat-dekat nak beranak tu, Mr hubby dipanggil oleh misi. Terkejut pakcik yang sedang bersembang dengan dia, sebab katanya cepat betul. Sedangkan isterinya masuk wad dari kelmarin tak juga beranak.
alhamdulillah...12.45 am my princess was borned! kejap je sakit...tapi memang SAKIT!!!! Mr hubby was by my side...
"Cuba tengok...laki ke perempuan?" tanya doktor.
Aku yang memang dah tahu jantina anakku terus menjawab," Perempuan.." lalu aku tido jap.
Doktor yang menyambut Izzati namanya Dr. Hasna, doktor yang sama yang menyambut Faiz di Hospital Tuanku Fauziah pada 2006. Aik...doktor sama ye??
Selepas diiqamatkan, my baby girl diberikan kepada aku. Hey....macam muka faiz..kataku dalam hati hehe....my beautiful girl!! Alhamdulillah, aku dah ada 2 anak pada umur 26 tahun! Sepasang!
Syukur atas anugerah Allah yang tidak ternilai ini. Ketika pulang ke rumah keesokan harinya, sewaktu melangkah masuk ke dalam rumah, terus tokwan dan nenek menerpa. Tokwan mengucup pipi Izzati. Tokwan sangat gembira melihat cucunya ini.
Inila cucu tokwe yang ke.... ( kena kira dulu..30++)
No comments:
Post a Comment