Kalaulah aku berpeluang berjumpa Wan 5 minit...
aku akan peluk Wan, dan katakan yang Wan adalah ayah yang terbaik di dunia. Aku akan beritahu padanya yang aku akan jadi anaknya yang berguna, yang akan sentiasa mendoakannya. Aku akan memohon ampun darinya atas segala tutur kataku yang pernah menyinggungnya, atau tingkahku yang kurang sopan terhadapnya. Aku akan berterima kasih padanya atas segala susah payahnya selama ini membesarkan kami. Bersengkang mata, mencari rezeki di pagi hari...dan berpanas mentari membanting tulang di tengahari yang panas terik. Yang penting...aku mahu memeluknya....sebagaimana aku memeluknya di hospital dahulu.....
Pakcik Husin merupakan sahabat baiknya dunia dan akhirat. Walaupun Wan sudah tiada, insyaAllah kami akan sentiasa menziarahinya apabila pulang ke kampung. Aku merasakan pokseng seperti ayah sendiri kerana sejak kecil memang pokseng selalu ke rumah.
Walaupun luka itu telah pulih....
Namun parutnya tetap ada.....
aku akan peluk Wan, dan katakan yang Wan adalah ayah yang terbaik di dunia. Aku akan beritahu padanya yang aku akan jadi anaknya yang berguna, yang akan sentiasa mendoakannya. Aku akan memohon ampun darinya atas segala tutur kataku yang pernah menyinggungnya, atau tingkahku yang kurang sopan terhadapnya. Aku akan berterima kasih padanya atas segala susah payahnya selama ini membesarkan kami. Bersengkang mata, mencari rezeki di pagi hari...dan berpanas mentari membanting tulang di tengahari yang panas terik. Yang penting...aku mahu memeluknya....sebagaimana aku memeluknya di hospital dahulu.....
Wan suka proses kaki dan tulang lembu....his favourite part. Tapi masa ni dia dah tak larat nak proses perut lembu.
huhuuu..rindu yang semakin mencengkam. Tiada lagi Wan di hari raya haji kali ni. Wan cukup gembira setiap kali raya haji. Kerana dia suka mengendalikan proses menyiang daging lembu. Tentunya raya haji kali ni cukup terasa tanpanya. Kerana Wan la orang yang paling excited. Setiap kali raya haji Wan tidak pernah lupa meyedekahkan sebaldi daging dan tulang lembu untuk kawan baiknya,Pakcik Husin merupakan sahabat baiknya dunia dan akhirat. Walaupun Wan sudah tiada, insyaAllah kami akan sentiasa menziarahinya apabila pulang ke kampung. Aku merasakan pokseng seperti ayah sendiri kerana sejak kecil memang pokseng selalu ke rumah.
Walaupun luka itu telah pulih....
Namun parutnya tetap ada.....
No comments:
Post a Comment