sudah 16 hari Wan meninggalkan kami...apa khabar Wan?
Kami tidak pernah putus-putus berdoa untuk Wan...adakah jasad Wan telah menjadi tanah? Wan yang selalu mendukung aku dan mengusik aku, menghantar aku ke sekolah, mengekori aku apabila pertama kali aku ke sekolah dengan basikal, Wan yang selalu menyikat rambutku ketika kecil...Wan yang akan meletakkan tangannya di dahiku apabila aku demam....yang akan membelikanku kacang kuda panas dan buah epal apabila aku demam....yang akan memujukku apabila emak marah padaku....yang membawaku menaiki basikal tuanya ke sekolah ketika aku darjah satu...yang membawa aku mengelilingi sekolah untuk menujukkan di mana kelas...di mana bilik air..
"Yang ni bilik air...."kata Wan."...."Yang ni bilik air juga...."kata Wan (aku masuk kedua-dua bilik air tu, rupa-rupanya salah satunya adalah bilik air lelaki hehe) Setelah semua pelajar masuk ke kelas.." M duduk sini ya...nanti pukul 12 tengahari Wan datang lagi.."...kata Wan memujukku sambil tersenyum di celah-celah tingkap ketika hari pertama aku di sekolah...aku tidak menangis sedikit pun...lalu Wan pulang dengan mengayuh basikal tuanya untuk membancuh air di kedai kopi demi mencari rezeki untuk anak-anaknya...
Apabila tengahari..Wan datang lagi dan mengambilku pulang......kami pulang berdua dengan Wan mengayuh basikal....ingat lagi tak Wan? Kalau Wan tak hantarku ke sekolah...sudah tentu aku tak tahu membaca dan menulis....dan sudah tentu aku takkan masuk universiti.....kalau Wan tak bagi duit poket padaku...sudah tentu aku tak dapat membeli makanan di kantin sekolah.....Wan mengikat poket skirt ku dengan getah supaya duit aku tak jatuh apabila berlari...ingat lagi tak Wan.....I love you so much Wan.....Aku berdoa agar Wan ditempatkan di syurga-Nya......aku berdoa agar Wan berbahagia di sana....
No comments:
Post a Comment