Abangku memegang jam tangan Wan sambil menangis...apabila jam ini ditunjukkan kepada mak, mak turut menangis...katanya dia tak boleh tengok, teringatkan Wan..
Apabila ia sudah rosak pada tahun 2009, Wan mengajak abangku mencari jam baru di KB Mall. Round punya round...tak ada satu pun yang berkenan di hati....
Lantas abangku memberitahu kepada abangku yang berada di KL tentang itu....abangku kemudian menelefon Wan dari KL menanyakan jam yang bagaimana Wan mahu...kata Wan... dia nak jam yang mahal sikit hehe......lalu abangku membelikan seutas jam baru jenama Seiko di sebuah kedai di KLCC. Apabila pulang ke KB, jam itu dihadiahkan kepada Wan. Kalau tak silap aku, ia dihadiahkan sempena hari bapa. Wan sangat gembira memakai jam baru. Memang Wan seorang yang suka memakai jam. Sehinggakan tengah bagi makan ayam pun pakai jam. Jarang nak tengok Wan tanpa jam, kecuali ketika mandi dan tidur.
Ketika Wan sakit di hospital, dia sering bertanyakan pukul berapa...pukul berapa sekarang.....Wan menyuruh kami mengambil jam tangannya di rumah lalu kami pulang mendapatkannya dan segera menghantarnya ke hospital.
Ketika Wan sedang sakit tenat dan tangannya membengkak kerana sembab, Wan masih tetap memakai jam tersebut. Abangku menyuruh Wan menanggalkan sahaja jam tersebut kerana tangannya yang bengkak menyebabkan jam tertolak ke pergelangan lalu menolak jarum yang dicucuk di tangannya dan berdarah. Akhirnya jam tersebut ditanggalkan, iaitu sehari sebelum Wan meninggal.
Abangku sangat sayangkan jam yang dihadiahkan kepada Wan pada 2 tahun lepas. "Wan pakai jam ini sampai ke hujung hayatnya.." kata abangku sambil menangis. Dia meminta izin untuk menyimpan jam tersebut buat sementara waktu untuk melihatnya bila terkenangkan Wan...bila tengok jam itu dia teringatkan Wan...betapa Wan sayangkan jam itu....
Al-Fatihah...

No comments:
Post a Comment