Wan memang sudah lama bekerja di seberang Golok, Thailand sebagai penoreh getah..sejak kecil lagi iaitu setelah ibubapanya meninggal dunia, Wan mengikut bapa saudaranya yang bernama Pak Da Isa bekerja menoreh getah di Thailand. Wan seorang yang cekap menoreh. Menoreh getah ni memerlukan kemahiran...bukan hanya tahu toreh saja. Kalau main toreh je, pokok boleh rosak dan sudah tidak boleh ditoreh lagi. Kalau pokok ditoreh dengan cermat, hayat pokok getah untuk mengeluarkan getah adalah panjang. Pernah tuan kebun getah mengadakan pertandingan menoreh paling cantik dan ada skill hehe....dan Wan telah memenangi tempat pertama. Di sana, pekerja-pekerja mendapat hasil upah berdasarkan pawah..iaitu sebahagian di perolehi oleh tuan kebun dan selebihnya dapatlah kat penoreh getah tu.
Di Thailand, Wan menoreh di ladang getah seorang lelaki berbangsa Cina..Tok Bohong namanya. Tob Bohong orang Cina Tanah Melayu tetapi mempunyai kebun getah di Golok. Oleh kerana Wan bekerja dengan penuh amanah dan rajin, Wan telah mendapat kepercayaan oleh Tok Bohong untuk menjadi mandur di ladang getah berkenaan. Ketika berkahwin dengan mak, Wan sudah pun menjadi mandur.
Bahagian 1 : Wan menoreh getah
Mak cakap, Wan keluar menoreh getah pada pukul 10 malam. Selepas menoreh, Wan bersama penoreh-penoreh yang lain akan keluar mengutip hasil susu getah pada pukul 5 pagi sampailah matahari naik. Biasanya mereka akan menelan pil tahan mengantuk supaya dapat menoreh sampai selesai. Ketika pergi menoreh, masing-masing akan memakai lampu karbaid di kepala masing-masing. Maklumlah ladang getah ni gelap, bukannya ada lampu elektrik macam sekarang. Ada ke sekarang ni? hehe..
Kata mak, kutip getah ni lagi penat daripada menoreh. Aku ingatkan kutip ni senang je..rupa-rupanya tidak!! Ketika mengutip getah, susu getah yang masih cair akan dimasukkan ke dalam tong yang dibawa dari pokok ke pokok. Makin lama tong tu makin berat. Kalau hari hujan lagi teruk...memang takda rezeki la jawabnya kalau tak sempat kutip. Sia-sia je la menoreh semalaman. Sebab tu apabila nampak hari nak hujan, masing-masing pakat melaung dalam kebun getah memberikan isyarat dan amaran supaya kutip getah cepat-cepat. Kata mak, semua pakat lari lintang pukang kutip sambil bawa tong susu getah yang berat...kasihan kan mereka, termasuklah Wan...punyala susah payah nak mencari rezeki memberi makan anak bini masing-masing. Ketika musim hujan apabila penoreh-penoreh tidak dapat keluar menoreh getah, mereka terpaksa berhutang dengan sebuah kedai runcit milik saudara seorang pekerja ladang iatu kerani Po. Barangan seperti telur dan sardin dibeli secara hutang. Kerani Po akan memotong nilai hutang tersebut daripada hasil jualan getah setiap penoreh. Apabila sampai masa terima duit getah, setelah ditolak semua hutang kedai runcit, dapatlah gaji bersih. Kalau terlebih boros, nanti asyik bayar hutang sahaja. Kalau berjimat cermat dapatlah merasa duit getah.
Selepas getah dimasukkan ke dalam tong dan dimasukkan ke tempat pengumpulan, ia akan dimasukkan ke dalam tray besi dan dimasukkan cuka getah untuk dibekukan. Nak test sama ada dah beku atau tidak, kena pegang dan tekan-tekan dengan tangan...bila dah betul-betul beku, nak kena gelek pula dengan mesin supaya jadi kepingan. Terdapat 2 jenis mesin gelek..mesin licin dan mesin bunga. Kata abang aku, mesin licin ni nak bagi kepingan getak tu licin.Mesin bunga pula nak bagi kepingan tu bercorak sedikit. Penat tau nak gelek kepingan getah ni...imagine mesin tebu tapi getah ni kan liat. Setiap orang akan menyusun tray getah masing-masing di atas simen dalam bangsal getah dan dinomborkan 1,2,3 dan seterusnya.
Kata mak, biasanya kalau laki bini menoreh getah, boleh dapat 12 kepingan. Tapi Wan seorang boleh 12 keping getah. Kuat kan Wan bekerja semasa mudanya. Lebih kurang pukul 9 pagi selesai la menggelek dan kepingan itu disidai pada batang buluh. Bila dah kering, penoreh-penoreh akan membawa pulang kepingan getah masing-masing untuk disimpan dirumah..takut orang curi!!!Cukup 15 hari, setiap orang akan timbang berapa pikul getah keping yang diorang dapat. Semasa Wan menjadi mandur, salah satu kerja Wan adalah menguruskan timbangan kepingan getah disamping memastikan perjalanan di kebun getah adalah lancar. Sepikul harganya RM70 di mana pada ketika itu sekilo getah harganya 70sen. Kalau getah sekerap harganya lebih murah kerana kurang berkualiti.
to be continued....

Mesin gelek getah

No comments:
Post a Comment