Sungguh pantas masa berlalu....sepantas itulah Wan telah meninggalkan kami......
lusa dah nak puasa.....
Kalau ikutkan rutin tahun-tahun sebelumnya, kelmarin sudah tentu Wan ke Kedai Lalat membeli daging lembu segar, ikan tenggiri serta pisang yang merupakan favourite Wan...... Wan suka makan daging yang digoreng bersama bawang dan lada hijau yang besar...wangi baunya....
pagi-pagi ketika bangun sahur.....wangi bau gorengan daging diseluruh rumah...
Selepas bersahur Wan akan bersiap-siap lalu turun menghidupkan enjin motosikal yahama berwarna merah....bauan minyak atar juga memenuhi udara rumah....(Wan ada sebuah basikal tua tapi dah jarang digunakan, tersadai di bangsal)
prengggg....prengggg.......
bingit bunyinya serta ekzos berasap sampai ke dalam rumah.....
lalu aku menjenguk ke luar tingkap...kelihatan Wan sudahpun duduk di atas motor, berbaju Melayu serta berkain pelikat serta berkopiah putih......
Kulihat mulut Wan terkumat-kamit membaca doa...selama beberapa minit membaca doa....
Tidak pernah aku lihat Wan naik moto atau kereta anak-anak, atau kapalterbang tanpa membaca doa.....kalau naik kapalterbang tu aku pulak merasa takut bila Wan bersungguh-sungguh membaca doa macam kapalterbang nak jatuh je heheee......
Selesai membaca doa.....Wan memasukkan gear 1, lalu motornya meluncur ke laman rumah lalu naik ke atas jalan tar kampung......aku perhatikan sampai kelibat Wan hilang dari pandangan....sampai bunyi bingit motor sudah tidak kedengaran...
Biasanya aku sambung tidur balik dan bangun sembahyang subuh apabila bunyi motor Wan kembali kedengaran di hamalan rumah....Wan dah balik!!! Lebih kurang pukul 6.30 pagi Wan balik.....
Apabila masuk ke dalam rumah, Wan akan masuk ke dalam bilik kecil tempat dia biasa sembahyang, lalu mencapai Al-Quran di atas rak dan membacanya hinggalah pukul 7 pagi.
Pukul 7 pagi Wan akan standby di hadapan TV untuk menonton berita di TV1. Sambil menonton TV, sesekali Wan akan mengulas berita yang ditontonnya. Kemudian Wan bersarapan nasi bersama segelas teh panas.

Ketika masih sihat, rutin harian Wan ialah tengok anak-anak ayamnya di luar rumah. Sambil memberi makan ayam, Wan memerhatikan mereka makan, atau memungut daun-daun kayu disekeliling rumah lalu membakarnya di belakang rumah. Kawasan sekeliling licin dan bersih. Rumput-rampai juga dicabutnya satu per satu. Pokok-pokok cili kesayangannya juga disiram serta mana-mana pokok yang perlukan penjagaan dan nak kena trim, Wan akan trim.
Kira-kira pukul 8 atau 9 pagi, Wan akan bersiap-siap keluar menaiki motosikal ke pasar. Biasanya dia akan membeli ikan tenggiri kegemarannya, atau pisang yang merupakan buah kesukaannya. Dia sangat suka round pasar Siti Khadijah. Kalau tak ke sana, dia akan ke Pasar Berek 12 yang lebih dekat, atau pasar Binjai yang jauh sedikit. Bila beras sudah habis, dia akan mengajak anak-anak ke pasar Wakaf Bharu untuk membeli beras Siam. Apabila pulang ke rumah, Wan akan tidur sampai tengahari.
Tetapi apabila Wan sudah semakin uzur, dia dah sangat jarang keluar rumah, banyak masa dihabiskan dengan tidur kerana badannya cepat letih dan lelah. Badannya sudah mula menyusut sedikit demi sedikit hingga kurus dan menampakkan tulang rusuknya. Perutnya yang dulu buncit sudah menjadi kempis. Dahulu aku dan Amir, anak saudaraku selalu mengusiknya..
"Ni berapa bulann?"....tokwe hanya tersenyum.
Tadi aku tertidur sekejap....ketika tidur aku bermimpi...
Wan sedang mengayuh basikal tuanya di sebuah jalan dengan memakai baju melayu, berkopiah seperti yang aku ceritakan sebelumnya. Aku yang ingin merakam videonya menyuruhnya tunggu sekejap..ketika merakam video, macam ada satu error, tak boleh on. Aku suruh Wan tunggu tapi Wan terus pergi meninggalkanku tanpa berkata apa-apa......Wan mengayuh basikal lalu berlalu pergi......
adakah itu Wan? Ataupun hanya mainan tidur?
biarpun hanya mainan...namun aku tetap gembira kerana sekurang-kurangnya aku dapat melihat kelibat Wan....
Aku sangat rindu pada Wan.....26 hari....al-Fatihah...

No comments:
Post a Comment