Wan berkahwin dengan mak sewaktu umurnya 30 tahun, manakala mak 18 tahun. Kalau sekarang ni, tingkatan 4. Kalau diikutkan IC wan, tarikh lahirnya adalah pada tahun 1929. Tapi kata Wan, dia dilahirkan pada 1927. Ketika berusia 12 tahun, Wan mengikut bapa saudaranya menoreh getah di Thailand setelah kematian ayah dan ibunya. Kiranya Wan anak yatim piatu. Wan pernah melalui zaman penduduka Jepun. Kata Wan, dia pernah bekerja dengan Jepun ketika zaman kanak-kanaknya. Wan bekerja mengangkut batu-batu ke dalam gerabak keretapi. Can I say it as gerabak? alaa yang kecik macam troli tu gunanya untuk angkut barang-barang. Ada sekali tu Wan dan rakan-rakannya naik di atas gerabak tu dan meluncur..sekali gerabak tu terbalik. Askar Jepun datang dan setiap seorang kena jentik di batang hidung sampai berair mata. Sakit kata Wan kena jentik di hidung oleh askar Jepun, maklumlah jari mereka besar. Semasa tiba waktu untuk menerima gaji, tentera Jepun akan memberikan gaji dengan cara passing duit ke belakang. Pekerja-pekerja duduk dalam satu barisan dan duit diberikan pada orang yang paling hadapan lalu di pass sehingga ke belakang. Kata Wan, dia menyamar sebagai orang dewasa dengan cara mengangkat badannya tinggi sedikit seperti mencangkung supaya askar Jepun menyangkakannya orang dewasa. Ini kerana gaji kanak-kanak lebih kecil berbanding gaji orang dewasa. Nakal juga tokwan ni hehee...
Ketika kapalterbang Jepun melalui ruang udara Kota Bharu, Wan bersembunyi di sebalik busut. Wan kata, askar Jepun ni jahat. Kalau di tengah-tengah jalan diorang berselisih dengan orang Melayu lalu disuruhnya orang itu panjat pokok kelapa, maka orang itu mesti panjat. Nasib le...Jepun nak minum kelapa. Kalau Jepun marah, dia akan paksa orang tu minum air sabun lalu dipijak-pijak perut sampai terkeluar balik air sabun tadi.
Wan ada menyimpan sekeping wang kertas Jepun..sapa ntah ambik, dah hilang. Ketika Jepun hampir kalah, berguni-guni wang kertas Jepun terbazir begitu saja kerana ianya sudah tidak laku lagi kerana masa tu British dah mula mengalahkan Jepun. Wan kata, tentera British tidak sejahat Jepun, kerana British cuma merampas kekayaan Tanah Melayu, bukan menyiksa rakyat sepertimana tentera Jepun. Di Pantai Sabak di mana tentera Jepun mendarat, askar-askar Punjab yang mati kena tembak akhirnya dikumpulkan menggunakan bulldozer kerana terlalu ramai, lalu ditanam di dalam lubang beramai-ramai. Masih kuingat ketika di wad hospital tempoh hari, Wan masih mampu berkongsi kisah zaman pendudukan Jepun dengan pesakit seusianya di wad bersebelahan. Kusangkakan Wan sudah sihat masa tu.
Sesudah Wan berkahwin dengan mak, mereka berpindah ke Golok, Thailand kerana pada zaman itu, ramai yang berhijrah ke sana mencari rezeki dengan menoreh getah. Di Tanah Melayu pada zaman itu, hidup sangat susah, maka nak tak nak, terpaksalah berhijrah. Di sana, Wan mendapat kepercayaan menjadi mandur di ladang getah milik seorang Cina yang baik hati. Wan bekerja dengan penuh amanah. Di sana, makan minum sekeluarga kiranya senang sebab gaji Wan sebagai mandur membolehkan Wan hidup selesa bersama anak-anak. Kata mak, di musim hujan, Wan dan rakan-rakannya akan keluar mengutip cendawan setelah hujan reda. Sambil membawa tong kosong, kata mak, Wan berjoget-joget menyanyikan lagu P.Ramlee "Engkau laksana bulannn..." sambil mengetuk tin kosong dan berjalan dengan riang bersama kawan-kawannya.
Namun, kesenangan di sana tidak berpanjangan....lantaran satu peristiwa yang telah menyebabkan Wan membawa keluarganya berpindah semula ke Tanah Melayu....

to be continued...
No comments:
Post a Comment