Tuesday, July 26, 2011

Sebulan lintang pukang.....

Boleh dikatakan sejak sebulan yang lalu iaitu sejak Wan sakit hingga Wan meninggal, kami semua makan main rembat mana yang sempat dan segala urusan harian memang tak ikut jadual dah..... sebab tumpuan utama adalah hanya untuk Wan sahaja. Selepas Wan pergi, kami mengambil masa juga untuk melawan perasaan dan membiasakan diri serta menerima takdir. Memandangkan ini adalah kali pertama kami sekeluarga kehilangan orang yang tersayang...maka ia merupakan suatu tamparan yang hebat.

Alhamdulillah....anak-anak Wan semakin mendekatkan diri dengan Allah..... kalau dahulu sekali sekala ke masjid, sekarang dah jadi rutin buat anak-anak lelaki Wan. Yang mana mengaji Al-Quran masih 'slow dan merangkak' kini semakin gigih mempelajarinya dan memahami maksudnya. Kerana kami semua mahu menjadi anak-anak Wan yang soleh....yang doanya sampai kepada Wan...yang dapat memberi manfaat kepada Wan supaya Wan beroleh syurga-Nya. Kami mahu jadi anak-anak yang mengutungkan Wan, bukannya merugikan Wan. Kami anak-anak perempuan mahu jadi pendinding Wan daripada api neraka.

Sesiapa yang mengendalikan sesuatu urusan anak-anak perempuan lalu dia melakukan kebaikan kepada mereka maka mereka menjadi penghalang dari api neraka untuknya (Riwayat al-Bukhari 5/2234 dan Muslim 4/2027).

Syukur Alhamdulillah anak-anak Wan takde pun yang jadi 'hantu' setakat ni...cuma bukanlah kategori ustaz seperti keluaran Universiti Al-Azhar. Terima kasih Wan kerana bersusah payah membanting tulang mencari rezeki yang HALAL sebagai rezeki anak-anakmu...dan ianya telah membentuk diri kami hari ini.

Tempias kesibukan sejak sebulan yang lalu juga terkena kepada hubby dan anak-anakku juga. Mereka juga sering kutinggalkan serta kepenatan kesana kemari. Weekend bersama mereka juga terhad sebab aku kerap pulang. Thank you Mr. N, terima kasih kerana merestui.

Dan selama sebulan juga aku tak jaga muka aku ni huhuuu.....tak sempat la nak tepek menepek....nak tepek apanya hati banyak susah wehhh.........

Gradually aku harap keadaan kembali normal...cuma mak je yang terpaksa mengharungi hidupnya tanpa Wan di rumah.....dan dia takkan mahu tinggal di rumah anak....bukan dalam jangka masa terdekat ni....tak boleh nak paksa mak ikut kehendak kita....kita yang harus lebih memahami mak sekarang..ini adalah soal pengorbanan....anak-anaklah yang kena berkorban demi ibu tersayang...hanya dia yang tahu kesedihan yang dialami....Wan adalah partnernya selama lebih kurang 60 tahun!!! Bukan 6 tahun!!! We should understand her grieve and understand her feeling that she wants to live in her own house....their house.....


No comments:

Post a Comment