Saturday, July 23, 2011

Tahniah kepada Qari dan Qariah Malaysia...

Majlis Tilawah Peringkat Antarabangsa yang baru selesai sebentar tadi telah mengumumkan kemenangan peserta dari Malaysia yang mengungguli gelaran Johan bagi kategori Qari dan Qariah. Qari Malaysia, Hj Amirrahman dan Qariah Malaysia yang cun lagi cantik jelita Hjh Suraya mengharumkan nama negara pada majlis tilawah kali ini.

Teringat aku ketika aku masih bersekolah di mana ketika itu majlis tilawah diadakan ketika bulan puasa.....mak dan Wan la yang menjadi juri awam bagi peserta-peserta yang mengambil bahagian...hehe. I am gonna miss that moment so much.....

Petang tadi aku masak kari ayam....ketika aku sedang membelek-belek plastik kari tu, terkenang aku pada awal Jun lalu ketika aku dan kakakku keluar dengan Wan ke pasar siti khadijah..semasa pulang ke rumah kami singgah membeli kari tersebut. Terasa sayang pulak mahu gunakan rempah kari tu. Ketika sihat, Wan selalu ke kedai rempah tersebut dengan motor untuk membeli rempah untuk kakakku yang memesan dari Kuala Lumpur.

Aku rindu pada Wan...Wan rindu kat aku tak.....19 days....al-fatihah.....

No comments:

Post a Comment