3 Julai 2011
Aku menerima mesej dari abang R pada 3.09 ptg dan 4.37 ptg
"Sembab dari jari-jari dan lengan kanan, sembab tu petanda yang kurang baik untuk orang yang sakit lama."
"Kali ni lain sikit gayanya, kena standbye dan bersedia dengan sebarang kemungkinan."
Kemudian sms dari abang I pada pukul 7.10ptg
"Standby la Wan nampak sangat uzur. Badan jadi sembab air..kakmah kata nampak makin teruk.."
Sigh......saat yang sungguh mendebarkan. Tidak keruan aku dibuatnya. Lantas packing baju siap-siap dan bersedia untuk balik kampung.
sms dari abang I pada pukul 7.48 mlm apabila aku kata mau pulang,
"nanti dulu...tunggu malam sikit" Memandangkan aku tinggal jauh, mereka di KB tidak mau aku jadi tergesa-gesa..takut bahaya pula drive dalam keadaan tergesa-gesa.
Selepas tu aku dan hubby bawa anak-anak keluar makan. Rasa payah betul nak telan makan malam kali ni. hatiku tidak keruan. Pada sebelah malam, aku bacakan surah Yasin untuk Wan.
Tiba-tiba....
sms abang I pada pukul 10.10 malam
"balikla...wan sakit dada kuat..."
Ya Allah...nak nangis rasanya....dengan tangan menggigil aku mengangkut barang-barang masuk ke dalam kereta....angkut budak-budak sekali. Lepas tu terus kami memecut pulang. Dalam hati tidak berhenti berdoa....kakak H di temerloh sedang bersiap-sedia pulang, begitu juga kakak N di Kelang.
Hampir 2 jam perjalanan.....tiba-tiba abang A telefon pada pukul 11.54 mlm.
"M, wan dah ok dah..tadi rupanya paras gula dalam badan terlalu rendah iaitu 3. Dada dah tak sakit dah. Lepas minum milo terus ok boleh duduk atas katil. Nah cakap ngan Wan..
"Hello M, Wan dah tak apa-apa dah, tak payah balikla...tak mengapa..." kata Wan di hujung talian. Bunyi nyaring saja suaranya.
"Wan sakit dada lagi ke?" tanya ku..
"Tak apa...wan dan tak apa-apa..." lalu ayah aku terbatuk-batuk...lalu handphone diambil oleh abang A.
"Hello....takpe kot....tak payah balik lagi la...kita tengok dulu...nampak ok dah...." kata abang A pula.
Aku mencuit hubby yang sedang memandu dan dia memberhentikan kereta di tepi jalan. Dah kat Sg Petani. Memandangkan kedengaran suara Wan yang nyaring di dalam telefon, aku menyangkakan Wan ok. Kakak-kakak aku yang baru bertolak pun patah balik. Sebab dah tengah malam, kami kembali ke rumah. Risau juga nak melalui jalan Grik tengah-tengah malam macam tu. Kami sampai di rumah dekat pukul 2 pagi dan terus tidur.
Tiba-tiba...
Pada pukul 4.08 pagi, 4 Julai
...telefonku berbunyi..
"M...balik, Wan lelah....".....kata abang A...ohhhh nooooo this is realll!!!!!!
Setelah berbincang dengan kakak, kami sepakat tunggu lepas Subuh, sebab nak jalan direct....apa-apa pun kami tawakkal saja. Pada pagi itu, azan Subuh berkumandang dengan sayunya.....sungguh menusuk ke dalam kalbu...entah mengapa aku merasa sayu yang amat. Selepas solat subuh, sekali lagi beg yang dikeluarkan daripada kereta di sumbat kembali.
Kami memecut menuju ke Kota Bharu. Sesekali air mata bergenang. Aku hanya mampu berdoa pada Allah agar dikuatkan semangat dan dipermudahkan jalan untuk Wan..itu saja.
sms kakak H pada 6.44pg
"Tak payah rush..kita drive rilek-rilek je".....risau kalau drive laju, takut takleh nak fokus.
Hatiku berdebar-debar. Hanya mampu berdoa dalam hati. Wajah Wan terbayang di hadapan mata ketika kali terakhir aku jumpa Wan Rabu lalu, 29 Jun 2011. Selepas memeluk dan mencium Wan, Wan mau menangis dan memandangku dengan sayu. Aku berasa sangat sedih. Tentu Wan merasakan yang ini adalah pertemuan yang terakhir mungkin....tak pernah Wan nangis bila berpisah dengan aku.
sms dari abang D pada 8.55 pagi...Wan sudah dipindahkan ke wad CCU.
"Tolong baca ayat-ayat Al-Quran untuk tokwan, dan doa bagi mengurangkan kesakitan pada tokwan"..
air mata mula bergenang. Aku cari surah Yasin dalam handphone dan kubaca bersama-sama.
Sambil meredah hutan Grik, aku memerhatikan sekeliling, lihat pokok-pokok dan awan yang memutih. Bukit bukau yang memaku bumi. Terasa kekuasaan Allah Yang Maha Besar, dan terasa betapa aku ini hamba yang kerdil lagi hina. Aku berdoa semoga Allah permudahkan jalan yang sedang dilalui oleh ayah yang ku kasihi.
Akhirnya, hampir pukul 12 tengahari aku sampai di kuarters hospital. Ketika melintasi hospital, aku rasa seperti mau turun di tepi jalan dan berlari mencari Wan di CCU. Tapi aku harus ke rumah abang dahulu. Mandikan budak dengan segera dan terus ke CCU. Hubby dan anak-anak menunggu di playground hospital. Mak mau asalnya mau ikut sama, tapi abangku lupa tinggalkan kunci. Mak kata, tak apa, biar aku pergi dulu sebab aku belum jumpa Wan.
Dengan beg bergalas di belakang, aku segera ke pintu lif di mana abang I menunggu. Terus kami ke tingkat 1 di mana wad CCU berada. Kata abang I, dia tak sanggup nak tengok Wan. Kasihan sungguh Wan. Hatiku sungguh berdebar-debar ketika berjalan menuju ke CCU. Ketika tiba di CCU, "waris Ahmad Mat Amin?"..."Ya..."...."dia dah kritikal....."
Sebaik sahaja aku nampak Wan di biliknya, terus aku berlari sambil beg masih di belakang...
"Wann......." jeritku.....apabila melihat Wan bernafas cepat-cepat seperti tak cukup oksigen sambil topeng oksigen menekup hidung dan mulut. Wan sudah tidak nampak aku walaupun matanya terbuka. Kasihan Wan..lelah teruk.....
"Wannn.......kata...Allahhhhh.....Allahhh......"
"Jangan lalai Wan.....takboleh sebut di mulut..kata dalam hati....Allahhhh..." akhirnya aku menangis tidak tertahan lagi.
Sambil menangis aku ajar Wan...
"Allahhh....laailaaahaillallah...."....
"Wan..ini M ni....kata Allahhhh..Allahhh..." sambil teresak-esak..
kira-kira 5 minit aku ajar Wan...aku tidak perasan respon Wan sebab yang aku mahu hanyalah supaya Wan mendengar kalimah suci itu.
Abang I datang dan memegang bahuku sambil menangis...
"Dahla tu...bagi diorang buat kerja..."....
Kami keluar dan doktor serta misi memasang alat bantuan pernafasan atas persetujuan kami kerana tidak sanggup lihat Wan lelah. Nak tarik nafas pun sudah tak berdaya. Tidak sanggup aku lihat Wan diperlakukan sebegitu, kepala didongak ke atas dan disumbat saluran plastik ke dalam mulutnya dengan tangan terikat di katil. Sungguh sakit rasanya, apatah lagi Wan yang merasa sendiri. Melihatkan aku yang masih memangis di luar, misi menarik tirai melindungi Wan.
Aku keluar lalu membaca Yasin di atas kerusi. Kakak iparku telefon bertanyakan perihal Wan...
"Dah tak boleh buat apa-apa...baca yasin dan berdoa saja...." sambil aku menangis....
Tidak lama kemudian, doktor sudah selesai memasang alat bantuan pernafasan. Aku meluru ke bilik Wan dan melihat keadaannya. kasihan sungguh Wan. Tiba-tiba mak sampai dan menangis...
"Mak nak datang tadi..tapi pintu tak ada kunci.....tak sempat nak tengok Wan...." mak menangis teresak-esak. Mak sangat sedih kerana tak sempat nak tengok Wan ketika dia belum disuntik dos morphin yang tinggi menjadikannya tidak sedar.
"Tak apa mak....Wan masih ada..." kata abang I.
"M dah ajar Wan mengucap..tak apa mak....dia bukan dok sorang-sorang tadi..M ada.." kata aku pula.
Selepas itu aku tidak henti-henti mengajar Wan mengucap kalimah syahadah. Sambil menyeka air mata....aku ajar kalimah mulia itu tanpa jemu....kulihat Wan masih boleh dengar dan menggerak-gerakkan bibirnya. Alhamdulillah..Wan ikut.....
"Allahh...laailaahaillallahh.....muhammadan rasulullah....."
"Allah ya Latif.....Allah Ya Shafi...Allah Ya Rahman..Allah Ya Rahimm..."
"Tolong bagi mudah ya Allah....kasihan ayah aku.......ayahku baik....." aku berdoa dan menangis....mereka semua menangis....
ketika itu hampir semua adik beradikku ada dalam bilik termasuk kakak, abang ipar serta cucu-cucu tokwan. Hubby menelefonku , katanya dia nak masuk tengok Wan. Aku keluar dan megambil alih menjaga budak-budak. Terasa lama sungguh waktu berlalu di luar wad. Hubby turut mengajarkan kalimah Allah pada telinga tokwan. Setelah dia keluar, aku pula meluru masuk. Aku berdiri di sisi Wan dan kembali menyambung mengajar Wan mengucap.
Kami membuat keputusan untuk membawa Wan balik ke rumah memandangkan tiada apa yang boleh dibuat lagi di CCU. Organ dalaman badan Wan dah rosak. Paru-parunya kira dah rosak teruk. Sekali-sekala Wan terkena serangan jantung. Kasihan Wan. Kami membuat keputusan untuk membuang alat bantuan pernafasan tersebut. Tidak sanggup tengok Wan tersiksa.
Aku ingatkan alat bantuan tersebut akan dibuka di rumah, jadi kami semua standby di rumah. hanya 2 orang abang aku dalam ambulans. Rupa-rupanya alat tersebut di buang di dalam ambulans. Ketika ambulans tiba di rumah, aku menunggu di pintu rumah. Sebaik sahaja pintu ambulans dibuka, aku lihat abang A membisikkan sesuatu di telinga Wan, ku lihat mulut Wan terbuka dan tertutup..lalu sepupuku memanjat naik ke ambulans...lalu dia menggeleng-gelengkan kepada. Aku hanya berdiri dan rasa blur je. Bila strecther di bawa masuk ke dalam rumah, sekali kali aku tengok mulut Wan terbuka dan tertutup 2 kali.........dan....Innalillahiwainnailaihiraajiunn....... jam 6.50 petang, Isnin, 4 Julai 2011 Wan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Aku hanya melihat.....dan aku kelu........
to be continued......
No comments:
Post a Comment