Semalam aku masak nasi awal.....pukul 12 mlm masak nasi dan dibiarkan warm sampai pagi. Kalau switch off nanti nasi jadi keras. Masih banyak soto ayam yang dibuat kelmarin, makan soto tapi dengan nasi + telur goreng. Awal-awal lagi aku 'off day', harap-harap jangan 'off' lagi di hujung Ramadhan ni.
Sebelum masak nasi aku kemas-kemas rumah dulu, lipat kain dan susun baju budak-budak dalam bakul. Lepas tu mop lantai lalu mandi! Cuaca di Perlis sangat panas, aku takkan boleh tidur kalau tak mandi selepas penat dan berpeluh. Bukannya aku berendam pun tapi mandi cepat-cepat. Lagipun aku suka kemas rumah di waktu malam sebab kurang panas. Tapi budak-budak kecik ni bukannya mau tidur lagi, masih keluar masuk bilik nak tengok aku buat apa. Tengok-tengok tertidur dah si kecik tu kat ruang tamu. Sebelum tu dia dok belek-belek Galaxy tab ke sana ke mari main game. Budak-budak ni suka main game Angry Bird tu...dah lama ke game tu? Aku tak penah main.
1 Ramadhan......tapi aku belum ada 'feel' dia lagi.....mungkin lepas pergi ke bazaar Ramadhan petang ni baru rasa..oh...bulan puasa rupanya!!!
Biasanya kalau bulan puasa kami akan ke bazaar Ramadhan beli ikan bakar dan kuih-muih. Aku jarang makan kuih, hubby suka makan. Bila balik rumah masak nasi dan masak lauk atau sayur tambahan. Haaaa.....hari ni lauk-pauk atau kuih muih di bazaar adalah fresh, tapi esok belum tentu!!!!! Esok akan jumpa le kuih yang keras kematu yang telah digoreng semula...awas ya!!
Masa aku ke pasar malam malam Jumaat lepas, aku lihat para peniaga sedang bersiap sedia membuka gerai masing-masing. Peniaga keropok dan kuih jenis bergoreng telah bersiap sedia dengan kuali panas masing-masing. Ku jenguk ke dalam kuali...mai aiii.......minyak hitam gila! Berapa kali recycle ntah!!!! Patutla ramai orang kena kanser, sebab dok makan minyak recycle hitam tu. Dahla pakai minyak paket yang juga merupakan minyak recycle daripada restoran-restoran dan hotel-hotel (goreng apa ntah??). Jadi, pilihlah makanan yang terbaik setakat yang kita mampu ok! Kalau makan sate atau ikan bakar, jangan le pilih yang hangus kehitaman tu...berapa kesan karsinogen yang akan diserap badan nanti! Karsinogen adalah agen-agen yang boleh mencetuskan barah.
Hmmmm...dan juga sudah tentu...1 Ramadhan aku takkan lupa pada Wan....seperti mana tahun-tahun sebelumnya, pukul 5.30pg aku akan menelefon mak di kampung untuk update cerita di rumah, Wan makan apa, boleh puasa atau tidak, kerana Wan sudah uzur sejak puasa tahun lepas. Teringat aku 10 tahun lepas iaitu pada tahun 2001 ketika aku di pusat matrikulasi. Ketika sudah bersiap-siap untuk ke surau sembahyang subuh, aku menelefon mak di public phone di bawah asrama. Mak yang menjawab telefon dengan terkejut sebab dia tak terjaga sahur sehinggalah aku telefon. Masa tu hari pertama puasa. Punyala kelam kabut makan mana yang sempat sebab dah nak habis waktu. Kena marah dengan Wan ! hehe.....Ketika di matrikulasi, aku sanggup turun beli makan sorang-sorang sebab kawan-kawan semua bukan jenis makan sahur. Yang ada kat cafe adalah beberapa orang budak lelaki. Selamba je lah...aku tapau makan kat bilik.
Aku juga banyak surf tentang alam roh. I just wanna know where he is .Sesungguhnya alam roh itu hanya Allah yang tahu. Banyak pendapat tentang kedudukan roh setelah mati. I'm just wondering, apa yang Wan sedang buat sekarang ni...hmmm... I miss you Wan....aku selalu tertanya tentang keadaan Wan...bagaimana suasananya......adakah Wan ingat aku atau tidak....kerana aku ingat pada Wan setiap saat.
Al-fatihah....dah 28 hari....pastinya jasad Wan tidak seperti kali terakhir kulihat Wan pada 4 Julai lalu....
Pada 1 Julai lalu Wan masih ada....masa tu keadaan Wan sudah semakin merosot dan aku sangat risau. Terasa seperti ingin lompat balik menemani Wan. Apakan daya aku tak mampu pulang semudah itu Wan. Kalau bekerja di sektor kerajaan takda masalah. Aku rindu nak tengok bilik Wan...nanti apabila pulang aku mau ke kubur Wan....insyaAllah.... salam Ramadhan Wan..semoga Ramadhan memberikah barakah kepada Wan dan seluruh penghuni kubur.....amin..

No comments:
Post a Comment