Monday, July 11, 2011

Selamat tinggal sayang part 3...




Setelah siap dikafankan, Wan disembahyangkan di rumah. Selepas disembahyangkan, tibalah masa untuk Wan meninggalkan rumah yang dibina Wan buat selama-lamanya menuju ke perkuburan. Tanah perkuburan tersebut dekat je dengan rumah. Jalan kaki dalam 10 minit, tapi Wan dibawa menaiki van jenazah. Mak menemani Wan buat kali terakhir di dalam van. Dalam pada Wan dibawa menaiki van, kami beramai-ramai berjalan kaki dengan anak masing-masing melalui jalan di tepi paya. Di tepi paya di mana suatu waktu dahulu Wan sering mencari anak-anaknya yang asyik bermain hingga tidak mau pulang ke rumah.

Ketika sampai di perkuburan, kulihat jenazah Wan sudah siap sedia untuk dimasukkan ke dalam liang lahad. Dua orang abangku dan hubby masuk ke dalam lubang kubur untuk memasukkan jenazah ke liang lahad. Aku hanya mengintai di celah-celah orang ramai kerana anak-anakku turut excited nak tengok...si Faiz macam nak terjun nampaknya. Setelah itu, lubang ditimbus tanah sedikit demi sedikit sampailah separas tebing atau lebih sedikit.

Setelah itu, talkin dibacakan....aku dan dua orang kakakku berada tidak jauh dari tempat tersebut kerana anak-anakku kepanasan lantaran cuaca yang panas terik.

"He is a very protective father..." kata kakak H sambil air mata mengalir di pipi...

yesss....Wan seorang yang sangat protective, he had protected his family, his children dengan sebaik-baiknya. Dia bukan jenis yang culas menjaga keselamatan anak-anak dan isteri. Ketika aku masih bersekolah, boleh dikatakan aku agak jakun untuk keluar ke bandar Kota Bharu walaupun ianya tidak jauh dari rumah. Wan tidak membenarkan kami berpeleseran tanpa hala tuju. Masih kuingat ketika pertama kali naik bas ke Ipoh untuk ke kolej matrik selepas bercuti, Wan telah berpesan kepada abangku yang menetap di Ipoh agar menunggu di stesen bas ketika aku turun. Sebaik sahaja pintu bas dibuka, muka abangku tersembul menungguku..patuh pada arahan Wan hehe....

"Dulu masa aku kat Jepun, Wan selalu pos makanan yang dimuatkan ke dalam kotak. Wan pergi sendiri ke pejabat pos dengan motosikal untuk mengepos kotak tersebut." Kata kakak N pula sampil air mata berjuraian.

" Dulu masa aku kat matrik, aku selalu mengadu lapar sebab susah nak keluar dapatkan makanan (dalam felda kelapa sawit), Wan turut menghantar makanan untukku.. (masih kuingat, dalam kotak itu dalam dodol, serunding daging serta makanan lain yang dibeli di pasar Siti Khadijah lalu di pos).." ujarku sebak.

Masih kuingat, ketika aku berjaya memasuki pusat matrikulasi, Wan menghadiahkanku jam Casio berwarna hitam. Tapi kerana kecuaianku, jam tersebut rosak kerana aku termasuk ke dalam mesin basuh..damned!! Wan marah, katanya aku cuai...aku tak sengaja....

Kini..aku merindui suara Wan memarahiku atau cucu-cucunya yang nakal.......Tok Imam yang merupakan datuk saudara sepupuku menyuruh kami anak cucunya membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas di atas kubur lalu disedekahkah kepada Wan. Setelah itu kami menyiram air di atas pusara Wan seorang demi seorang. "Kasihan tokwan, tokwan lapar di dalam kubur..." kata si Faiz setelah selesai pengkebumian tokwan yang selalu mengusiknya. Kami hanya tersenyum kelat.

Setelah segalanya selesai lebih kurang pukul 1 tengahari, kami mengucapkan salam kepada Wan....tinggallah Wan di sana....kami anak-anak akan sentiasa mendoakan keselamatan Wan, sepertimana Wan yang tidak pernah jemu mendoakan kejayaan kami anak-anaknya. Tahun lepas Wan masih mampu bangun pukul 3,4 pagi mengerjakan solat hajat kerana aku dan kakak menduduki peperiksaan pengajian sarjana.

Ya Allah....ampunilah segala dosa ibu bapaku.....rahmatilah mereka...jauhilah Wan daripada siksa kubur...terangilah kubur Wan dengan cahaya daripada syurga..kasihanilah ibubapaku yang selama ini bersengkang mata, membanting tulang mencari rezeki yang halal untuk membesarkan anak-anaknya supaya menjadi manusia yang takut kepada Allah. Rahmatilah Wan...tempatkanlah roh Wan bersama-sama orang yang soleh yang dijanjikan syurga..amin....


No comments:

Post a Comment