Pada mulanya, Wan hanya menjaga kebun getah yang kecil sahaja. Kemudian jadi mandur dan menoreh. Selepas beberapa tahun, Wan berpindah ke ladang getah yang kebih besar yang mana tugas Wan hanya jaga orang menoreh je. Selepas kahwin dengan mak memang full time mandur dengan gaji RM250 pada masa tu. Macam pengurus ladang la lebih kurang. Contohnya, Wan akan pergi round semasa orang menoreh getah, kalau penoreh tu toreh dalam-dalam, Wan akan suruh penoreh tu supaya jangan toreh dalam-dalam, pisau toreh kena diangkat sedikit...nanti pokok getah rosak. Apabila tiba hari raya, orang lain semua balik ke kampung halaman masing-masing..tinggalkan Wan dan anak-anak serta mak di ladang getah yang sunyi sepi kerana tugas Wan yang harus menjaga ladang getah tersebut. Selain daripada itu, Wan juga ditugaskan untuk menguruskan jika penoreh mahu berhutang dengan Tok Bohong. Wan menjaga maklumat dalam buku hutang tersebut. Apabila ada sesiapa mahu berhutang duit Tok Bohong, Wan harus menurunkan tandatangan tanda membenarkan orang berkenaan meminjam duit Tok Bohong. Kalau penghutang tidak membayarnya, maka Wan lah yang terpaksa membayar hutang mereka. Kiranya seperti penjamin la. Ada yang bayar..dan ada yang tak bayar...maka Wan lah yang terpaksa melangsaikan hutang mereka. Pendek kata, gaji Wan sebanyak RM250 banyak juga dihabiskan untuk melangsaikan hutang orang atau orang yang datang direct pinjam duit Wan. Kalau tak bagi...bimbang....poomm!!!! asyik tembak orang je....
Wan telah diamanahkan urusan kumpul kepingan getah, tukang timbang kepingan getah, serta muatkan ke dalam jip lalu dihantar ke bandar. Di ladang berkenaan, terdapat seorang kerani berbangsa Cina bernama Po ditugaskan untuk membayar duit getah kepada penoreh dan juga membahagikan nilai pawah kepada Tok Bohong. Wan akan menerima duit daripada Po bagi pihak Tok Bohong lalu menukarkan matawang Thailand masa tu, Kot kepada matawang Tanah Melayu. Biasanya Wan akan menaiki motosikal menjemput Tok Bohong yang datang dari Kelantan dengan menaiki keretapi. Sekali sekala Tok Bohong akan melawat ladang getahnya di Thailand. Tok Bohong akan bermalam di rumah tumpangan sepanjang tempoh dia berada di Thailand. Duit tadi akan ditukar keesokan harinya lalu diserahkan kepada Tok Bohong.
Tok Bohong umurnya lingkungan 70-an. Kata mak, dia suka 'mengada-ngada' dengan Wan...selalu Wan disuruhnya menyisir rambutnya..rambutla ala-ala Tunku Abdul Rahman kata mak...hehe...Suka pakai seluar di atas perut dekat dada. Di waktu pagi biasanya dia akan suruh Wan sisir rambutnya sambil mak memegang pelita telur sebab pagi-pagi masih kelam, tak nampak. Wan malas sebenarnya tapi kena buat jugak sebab disuruh. Tok Bohong tak kedekut orangnya, diupahnya Wan duit 40,50 ringgit. Pada zaman tu, memang banyak sangat dah nilai sebanyak tu. Ketika datang dari Kelantan, Tok Bohong akan membawa makanan , buah-buahan dan sayuran kepada Wan sekeluarga.
Bahagian 3 : Ada orang dengki!!
Kerani Po merupakan kerani yang ditugaskan untuk membayar gaji pekerja serta membeli getah daripada penoreh lalu menjual getah tersebut kepada pihak lain. Kata mak, kalau getah yang dibeli 100 pikul, kerani Po akan songlap 2,3 pikul untuk dirinya. Sudah lama dia songlap hasil getah tu..sebab tu dia hidup mewah dan lebih kaya daripada Tok Bohong. Wan tahu segala kegiatan kerani Po tetapi tidak berani bersuara kerana takut kat kerani Po. Maklumlah kat Siam ni, kerja tembak orang je kalau tak puas hati. Dalam diam, Wan telah merekod segala aktiviti songlap kerani Po ke dalam buku catatan. Bilangan pikul getah yang disonglap kerani Po Wan catat dengan terperinci.
Oleh kerana hubungan rapat Wan dengan Tok Bohong serta kepercayaan yang diberikan kepada Wan, maka kerani Po jadi tidak senang duduk. Dia telah merancang untuk melakukan sesuatu agar rahsianya tidak terbongkar. Untuk memastikan perkara itu tidak terbongkar, kerani Po telah merancang untuk mengusir Wan, mak serta anak-anak keluar daripada ladang getah berkenaan.
to be continued...
assalamualaikum...saya berminat untuk membeli mesin tersebut dengan harga rm3,000.00,sila hubungi saya di talian no berikut 010 9606189
ReplyDelete