Kulihat tubuh Wan terbaring kaku di atas katil. Berselimut dengan kain batik lepas dan muka ditutup dengan kain tudung putih. Baru 2 minggu lepas kulihat Wan duduk di katil tersebut sambil terbatuk-batuk, tersiksa tidak dapat bernafas dengan baik. Di katil itu jugalah Wan tidur buat kali terakhir di rumah pada hari Sabtu malam Ahad, 25 Jun lepas. Aku hairan mengapa Wan tidak mahu tidur di biliknya yang telah kubasuh katil dan lantainya. Siap kupasang kelambu baru serta kain cadar serta sarung bantal baru pada Jumaat sebelumnya. Wan sempat tidur satu malam saja, kata Wan, sakit belakang kerana kubuang tilam tebal di bawahnya. Setelah kuganti dengan tilam lain pada hari Sabtu, Wan tidur di luar pula di katil kecil. Barangkali Wan mahu tidur bersamaku di luar kerana aku akan pulang ke Perlis malam esoknya seperti yang dirancang, yang mana akhirnya tiket tersebut burnt kerana Wan masuk wad.
Kami adik beradik bergilir-gilir membaca surah Yasin di sisi Wan. Aku yang belum makan sejak dari pagi tidak menghiraukan bunyi perutku yang meminta nasi. Terasa pahit je mulut ni. Seorang abangku dari KL baru sampai pada sebelah malamnya, hanya mampu menatap wajah Wan yang sudah tidak bernyawa. Aku hanya tidur-tidur ayam kira-kira 2 jam antara pukul 3 hingga 5 pagi di sisi katil Wan. Abangku yang baru balik dari KL tidak tidur, dia terus menerus membacakan Al-Quran di sisi Wan. Apabila aku bangun, aku sambung membaca surah Yasin, nampaknya aku dah hilang suara. Aku hanya mampu berbisik saja. Setiap kali selepas selesai membaca surah Yasin, kami adik beradik akan mencium pipi dan dahi wan, ku usap pipi Wan. Terasa sejuk je pipi Wan. Lalu kusambung bacaan, dan begitulah seterusnya aku akan mencium pipi dan dahi Wan sampailah masa untuk dimandikan kira-kira pukul 10.30 pagi.
Saat dimandikan, aku lihat badan Wan sungguh putih dan bersih, padahal Wan kulitnya gelap. Mulut Wan juga tertutup. Sejak semalam lagi mulut Wan tertutup, padahal kain yang mengikat kepala dan mulutnya adalah longgar. Kulihat 2 orang yang memandikan Wan, disamping anak-anak yang bertindak sebagai assistant. Kulihat pakcik itu menggosok-gosokkan badan Wan. Dari atas sampai ke kaki. Kulihat pakcik itu menggosok-gosokkan kaki Wan.
****************
"Gosok kat dada.."..kata Wan ketika aku memandikannya pada tengahari Khamis, 23 Jun Aku seronok memandikan Wan. Kata mak, Wan tak mau mandi. Belum siap mandi dengan abang, dia dah nak lari keluar. Tapi Wan nak mandi setelah aku pujuk. Aku berus badan Wan dengan berus sabut yang lembut. Masih aku ingat bau sabun Lifebuoy kaler merah sampai ke hari ini. Ku gosok badan Wan, tangan sampai ke kaki. Ku sental kaki Wan. Setelah itu aku syampu kepala Wan dan ku garu-garu kepalanya. Kemudian kubilas dengan air suam. "Allahh...sedapnya mandii...." kata Wan. Aku hanya tersenyum. "Esok....wan nak...M mandikah Wan pulak (mandikan lagi)..." kata Wan. "Nak mandi 2 kali sehari pun boleh.." kataku pula. Setelah selesai mandi, aku lap badan Wan, dia boleh berdiri, cuma kena pimpin. Wan duduk di kerusi panjang di tepi katil kecilnya. Aku lapkan lagi lalu kupakaikan minyak rambut lalu kusikat rambut Wan yang memutih. Kemudian aku pakaikan Wan bedak. "Macam mandikan Faizzuddin je hehehe..." kataku lalu aku tergelak kecil. Selepas itu aku pakaikan Wan pampers dan dia duduk dengan selesa. Aku puas hati dapat mandikan Wan dengan bersih. Jumaat dan Sabtu aku mandikan Wan lagi.
******************
Setelah itu Wan dikafankan. Aku tak sempat lihat proses itu kerana aku kat dapur menyuap nasi budak-budak. Ketika aku naik, pakcik yang mengkafankan Wan meminta anak cucu mencium jenazah buat kali terakhir. Satu per satu anak cucu serta menantu mencium dahi Wan. Sampai giliran aku, kutatap wajah Wan, ku usap pipi dan dahi Wan. Ini adalah kali terakhir dapat kutatap wajah ayah yang amat kusayangi, yang telah membesarkan kami selama ini, yang bekerja keras siang malam mencari rezeki untuk mengisi perut 9 orang anak-anaknya, yang bangun menoreh getah pada pukul 4,5 pagi, yang memerah keringat dan kudrat empat keratnya mencari sesuap nasi untuk anak-anak,hanya Allah saja yang tahu bagaimana susahnya Wan membesarkan kami semua ketika orang lain memandang serong lantaran anak-anak Wan yang ramai dan hidup susah. Kucium kedua-dua pipi Wan, lalu kucium dahi Wan yang berbau kapur barus. Muka Wan tenang sekali. Aku redha Wan pergi. Aku tidak menangis, setelah itu aku bangun dan menatap wajah Wan sambil berdiri. Ku suruh kedua-dua anakku mencium pipi Wan. Setelah selesai...maka wajah wan ditutup dengan kapas dan kain. Tinggallah kenangan wajah Wan yang tersemat di memoriku sampai mati.
to be continued...

No comments:
Post a Comment